Monday, August 6, 2007

Cari Jodoh.........

Ok, ok aku ngaku memang dah lama aku tak menulis. dah tiga minggu. sibuk maa. harap korang baca dan check la jugak apa yg aku merepek kat sini. jadi tanpa membuang masa dan sampah, hari ni aku nak komen pasal sesuatu yg aku dapat dlm email aku. Ada benda yg aku rasa betul tp byk benda yg bg aku merepek bak kerepek jackers. Pada setiap nombor aku selitkan komen aku kat bawah, yg bermaksud aku tambah la. So sila la baca:
TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
Komen : Ini normal. Persoalannya dia lakukan apa utk awek dia? Adakah benda yang bodoh seperti terjun ke lubang taik untuk membuktikan cinta dia?
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
Komen : Ini pun biasa. Dalam couple mesti ada fun.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
Komen : Ini nilai yg bagus.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Komen : Ini ciri2 lelaki yg insecure dan loser. Cemburu perasaan biasa tp mengongkong? Meluap-luap pulak cemburu. Hey come on la, manusia mana yg suka kena kongkong. Kangkang suka la!
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
Komen : Pun ciri2 lelaki yg insecure. Takkan x pernah dengar peribahasa bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau hilang cari lain la. Kenapa kena takut pd benda yg x tentu? Kenapa kena simpan org yg x mau simpan kita?
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Komen : Separuh setuju. Mmg x boleh percaya 100% pd pompuan lebih2 lg zaman ni. Tp kalau dah 24/7 awasi pergerakan kekasih kira psiko la tu kan? Lagi psiko kalau pasang GPS kat badan awek korang!
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
Komen : Ini lumrah la. Lelaki mmg ada sifat dominan pd awek dia. Tp awek dia ada hak nak bersosial dgn lelaki lain. Jadi soalan sebenarnya, lelaki kena bertanya : adakah dia masih relevan sbg balak pd awek dia?
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Komen : Semua org sukakan perhatian. Sensitif ada tahapnya. Adakah dia dah sampai tahap sensitif yg jadi mcm wussy? Ataupun dia pandai sensitif dgn kasi hint2 pd pasangan dia. Sendiri mau faham la. Perempuan pandai baca lelaki tau! Macam radar.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
Komen : Mmg tujuan bercouple supaya kita bg perhatian pd seseorang lebih drpd org lain. Tp mcm anak kecil? Gila sissy! Perempuan mahukan lelaki bukannya baby. Kalau dah kawin mungkin citer lain la. Ehem! Ehem!
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Komen : Hanya bila dah jadi kekasih yg sebenarnya. Kalau bakal kekasih takyah tunjuk lebih2.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
Komen : Dulu2 aku selalu buat benda ni. hehe. Tp pikir2 balik rasa mcm budak2 pulak. Moralnya, jgn buat. Be Cool. Mcm John Travolta.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Komen : Kecoh la mamat ni. Tp ada relevan gak. Kalau takat awek pegi kursus yg 2-3 hari takkan nak gelabah. Tp kalau dah sampai 2-3 tahun baik korang ada back up plan. Sbb mcm2 boleh jadi masa korang berjauhan dan godaan dia lain mcm. N kau terpaksa berabis duit utk topup telefon yg sgt dimenyampahkan. Not a fan of long distance relationship!
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
Komen : Ini nilai yg bagus.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
Komen : Nilai yg bagus. Tp persoalannya adakah awek dia pun pikir mcm tu? kalau ya jawapannya, mmg berbaloi mcm membeli-belah di kamdar.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
Komen : Lagi satu ciri2 lelaki insecure. Bayangkan every single hour kau ty kat awek kau "awak cinta sy x?" Ko rasa mcm mana? X annoying ke? Sebenarnya lelaki x perlu ucap cinta2 ni. It's what u do that matters to women.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Komen : Ini sesuatu yg bagus hanya jika kekasihnya berbaloi as the one and only. Otherwise keep your option open!
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
Komen : Luangkan masa terlalu byk dgn awek boleh membunuh relationship sebenarnya. Pompuan sebenarnya suka pada lelaki yg ada aura2 misteri mcm misteri nusantara tu. Jadi kalau dah slalu sgt luang masa, apa lg misteri yg ada pd lelaki tu?
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
Komen : Ini nilai yg bagus. Pompuan suka dihargai.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Komen : Aku nak pinjam kata2 idola aku, Homer Simpson - "LOSERRRRRR!!!!!!!". Sekali ditinggal x ada kembali2 nye. Kembali ke rahmatullah mungkin la. Biasa la permulaan mesti ada rasa serik but gradually kena bangkit dr kecewa dan carik yg 10 kali ganda lg puas dr ex dulu. Takkan nak selamanya living wit the past. Kalau betul pun kembali, xkan jadi mcm dulu lg relationship yg dimulakan dulu. Aku sentiasa pegang prinsip x kan jilat ludah balik. Lg baik aku jilat benda lain (u know what i mean)
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
Komen : Awek kau patutnya tahu di mana dia berdiri. Dia nak pegi pd org ketiga? so what? Kau pun cari la org keempat. Dia ingat saham dia je ke mahal? Saham lelaki sentiasa naik la! Jadik jgn risau. Biar dia kejar kau. Aku percaya lelaki hanya perlu tunjuk kualiti diri and the rest, biar pompuan decide.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Komen : Mak oihh!!!, sampai sanggup serah nyawa sendiri. Bawak2 la mengucap oi. Tuhan kasik satu nyawa je. Tp Tuhan boleh kasik kau 1,2,3,4,5, hatta 88 org kekasih sekalipun. Jadik secara logik mana satu kau pilih?
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
Komen : Kalau dia mmg sayang awek dia mmg la dia x curang.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
Komen : Airmata hanya untuk lelaki yg wussy shj. Lainla kalau awek kau meninggal ke. Tp kalau dia dump kau atau bergaduh, kau nak nangis ke? not worth it! Lg berbaloi kalau nangis sbb kawan drpd sbb perempuan.


Itula sahaja komen2 aku. Korang mungkin setuju @ x tp aku peduli apa. Ini blog aku. Sbrg komen atau counter komen dialu2kan. Chow.