He he dah > setahun aku x update blog ni. Anyway Selamat Tahun Baru n Hepi New Year ye. Azam aku tahun baru 2011 ni salah satu nak sambung balik blog ni. Cuma kali ni aku akan tukar dasar dan hala tuju blog ni spy korang iaitu rakyat2 sekalian akan lebih memahami berkenaan Kerajaan Malaysia ini selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan (mcm ayat bodek x?). Nak kata aku power sgt boleh terang A-Z xde la. tp aku cuba la terang sebaik mungkin dgn memanipulasikan sebarang lagenda urban atau budaya popular atau apa2 objek/subjek samada yg masih hidup atau yang telah mati yg melintasi kepala otak aku ni. Walau bagaimanapun, apa yg aku sampaikan iaitu berkenaan Kerajaan Malaysia ini bukanlah rekaan semata-mata sbb Kerajaan Malaysia ini telah direka sejak dr dulu lg.
Baiklah murid2 sekalian aku tau sebenarnya byk benda yg orang nak tau pasal Kerajaan apatah lagi negara yg kita semua duduk la ni. Maka dgn itu kita mulakan pelajaran hari ini dengan tajuk "Kerajaan Malaysia Macam Devastator". Aha! tu dia! Jgn salah faham naaa dgn tajuk ni. Bila aku kata mcm tu bukan aku maksudkan yg Kerajaan Malaysia ni keje dia utk bulldoze korang ye? Cuma aku kaitkan dgn watak Devastator dalam citer kartun kesukaan ramai iaitu Transformers, yg robot boleh tukar2 jd keta, kapal terbang, pistol, radio, bahkan haiwan mcm dinasor. Mungkin lepas ni pencipta Transformer boleh buat dlm bentuk haiwan lain contohnya tenuk atau tapir pastu bagi nama dia Tenukcon ke ataupun Tapirbot ke. Itu satu cadangan ye. Anyway, dlm citer tu bg yg x tau, Devastator ni adalah gabungan 6 robot membentuk satu robot besar setinggi 100 kaki ataupun bersamaan pangsapuri mewah setinggi 10 tingkat.
Persamaan yg aku maksudkan sama la dgn Kerajaan Malaysia yg amalkan separation of power atau pengasingan kuasa. Ia adalah gabungan 3 cabang kuasa iaitu kehakiman, legislatif dan eksekutif. Cabang kehakiman power dia menafsir undang2 yg dibuat oleh cabang legislatif. Kalau korang biasa tgk citer2 yg dlm mahkamah hakim yg dok ketuk2 meja guna tukul tu ha ni la power dia. Bila dia pass satu keputusan dlm mahkamah x kira apa kes org rompak, samun, pecah amanah, rogol, liwat, curi ayam, gaduh laki bini, ngorat bini orang, saman, pukul atau apa jua masalah duniawi, dia mesti refer pd undang2 yg diluluskan legislatif.
Cabang legislatif plak mcm aku citer td berkuasa buat undang2 melalui badan berkuasa iaitu parlimen kalo kat Malaysia ni la. parlimen pulak ada dua Dewan, satu Dewan Rakyat yg mana ahli dia korang dok undi 4-5 tahun skali tu, manakala Dewan Negara ahli dilantik Agong dan kerajaan Negeri masing2 (ikut kuota). kalo kat negara lain ada yg dipanggil national assembly atau kongres tp keje dia lebih kurang sama la. So skrg korang dah tau diorang dok bising2 kat parlimen tu wpun kadang2 tgk diorg ada mengarut dan merepek yg bukan2 sebenarnya apa yg dibincang tu penting sbb babitkan kita gak. undang2 yg diorang lulus tu la yg kita dok pakai masa beli rumah, kereta, nak kawin/cerai, mintak ptptn dsbnya. Oleh yg demikian sila gunakan kuasa anda untuk mengundi sebaik2nya ye.
Cabang eksekutif pulak power dia menjalankan undang2 dan laksana dasar kerajaan. ni termasuklah saman, bg/agih/collect duit, bg servis kat/dari korang. Dalam kata lain polis, tentera, doktor kjaan, bomba, pegawai2 kjaan mcm aku ni suma kira bwh ni le. undang2 yg nak review/buat baru pun thru cabang ni. Maka dgn gabungan ketiga2 kuasa ni, maka dapatlah Malaysia ni ditadbir urus secara sah bak kata pepatah kartun "by your power combine, I am Captain Planet!"
Nantikan Episod Kedua iaitu Kerajaan Malaysia dan Multilevel Marketing (MLM) untuk propaganda Kerajaan yg lebih mendebarkan hanya di hspk.blogspot.com
Sunday, January 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)