Tuesday, November 6, 2007

MORAL OF THE STORY?

Moral. Aku x mau jadik lelaki yang bermoral aka baik lg. Siapa yg cipta istilah moral ni? Adakah Guru Pendidikan Moral? Ataupun seorang lelaki India bernama Murali? Entahlah. Yang aku tau Moral xde kena mengena dengan mural kat sekolah tu.

Sejak kecik kita dah didedahkan dgn citer2 mcm Pak Pandir, Pak Kaduk, Pak Lebai Malang dan bermcm2 Pak lagi. Pak Ji Sung pemain bola Menceceh United je yg xde. Mcm2 moral yg kita belajar mcm jgn tamak, jgn angkuh, jgn jd bodoh dan bermcm2 jgn lg. Tp hakikatnya bila kita dah besar byk benda x semudah citer2 yg didedahkan pd kita. Aku x kt nilai2 moral x penting cuma kdg2 kena disesuaikan dgn keadaan. Misalnya kalau kita terlalu baik dgn pompuan yg kita nak tekel dia akan anggap kita mcm kawan baik je. Ataupun kalau bisnesman kena la agresif dan ada sifat 'tamak' yg dianggap x bermoral tu utk memastikan kelangsungan bisnesnya. Aku suka kaitkan seorang lelaki yg bermoral = lelaki baik. Ever heard the term 'Nice guy finish last'? Ada kebenaran jugak. Kita tgk yang menghiasi pentas dunia skrg ni adakah terdiri dr org baik? Mungkin org baik dah x relevan zaman skrg.

Oleh yg demikian, aku membuat keputusan x mahu jd lelaki bermoral lg. Lelaki yg bermoral selalu dijadikan kambing hitam. Aku nak jadik seorg opportunis. Asal ada peluang je sambar. Barula cita2 aku nak menjadi berkuasa dan korup termakbul nasi kandar. Aku akhiri luahan perasaan aku ni dgn satu citer di bawah. Korang cari la moral of the story, kalau boleh....

Pukul 2 pg, di William Taman Mayang

Omar : Oi kawin best la, boleh cret hari2.
Syed : Apahal lak! Makan kat William ni lg best. Izhan, order Risotto Seafood satu! RM 40 je.
Izhan : Baik sayang.
Azlee : Syed psiko. Apa la yg korang kecoh2 ni. Lepak rumah la best. Tgk Manchester main...
Omar dan Syed : F**k Man Utd!!!!!!!!!!!
Izhan : What the F?

*Penafian:
Cerita ini rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Kalau adapun, ianya kebetulan yang dibuat2. Tapi tempat memang sahih betul.

Tuesday, October 16, 2007

MOTIVASI

Hari Raya dah lepas. Aku pun dah mula keje dgn bos yg setia menanti aku dgn bermcm2 keje yg bertimbun kat ofis. Aku still rasa pening2 sikit sbb penat balik dr kampung sbb jem kat hiway blum abis dan amalan pemakanan yg melampaui batasan perut masa 2 hari raya ari tu.

Anyway aku x nak citer pasal raya byk2 sgt. Bak kata ex-boss aku ( dah pencen ) raya ni melemahkan org melayu. Mana x sebulan berpesta makan dan berjalan. But still, it's a good culture aku rasa. Oklah, hari ni aku nak bukak citer yg lebih2 menjurus ke arah gaya metroseksual iaitu kejayaan lelaki. Ada satu pepatah x salah aku bunyi dia 'Di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita'. Habis mcm mana dgn wanita yg boleh jahanamkan hidup lelaki sampai hilang harta dgn maruah? Jadi pepatah ni aku simpulkan bersifat 'separuh benar' atau dlm bahasa Inggerisnya 'half truth'. Maka apa punca kejayaan seorang lelaki? Adakah wanita? wang? pangkat? ataupun dendam? Actually semua jawapan tu betul. Cuma kita dapat simpulkan dalam satu perkataan punca kejayaan lelaki. Iaitu MOTIVASI.

Ya, dalam hidup kita kena ada motivasi. Sbb tu skrg ni berlambak2 prof motivasi sampai boleh kluar tv. Sbb motivasi adalah satu keperluan. Tanpa motivasi xde maknanya hidup seorang lelaki. Motivasi pun asalnya dr perkataan motif, iaitu mencari hala tuju atau menetapkan agenda. Jadi apa yg kita buat kenalah bersebab. Sbb org yg buat benda tanpa motif samada dia gila ataupun jiwa kacau. Bila kita bangun pagi2 pun kita patut dah ada motif apa kita nak buat hari tu. Kalau x kita akan jadi lewa dan buat benda tangkap muat je. Kejayaan takkan dtg pd kita kalau kita takat buat keje bak kata pepatah melepaskan batuk, muntah atau ludah di tangga atau kaki lima jalanraya. Eh kenapa aku rasa mcm prof motivasi pulak ni?

Anyway senang citer ambik contoh movie Bourne Ultimatum ( Bourne Muktamad ) yg tgh tyg kat wayang skrg ni ( pd sesape yg belum tgk baik cepat tgk best giler! Tie your shoe! Tie your shoe! ). Dia pun ada motivasi jugak iaitu nak cari masa silam dia dr org jahat. Dan balas dendam sbb org jahat tembak mati awek dia. Kesudahannya pegi tgk sendiri aku tanak jadi spoiler kat sini! Tp proses dia pun bukan senang punya byk rintangan dan cabaran yg perlu dihadapi oleh hero kita iaitu Jason Bourne. Kena kejar satu dunia dgn polis la, CIA la, Desh Boukhsani pun x ketinggalan memeriahkan citer. X masuk lg adegan kejar-mengejar kereta yg kalau nak banding dgn citer Gerak Khas atau Castello biskut Julie mcm langit dgn bumi. Semata2 nak dptkan masa silam. Dan produser bourne pun mungkin akan termotivasi dengan kejayaan francais bourne ni yg sampai la ni dah kutip lebih 400 juta USD ( dah balik modal kos buat filem 110 juta USD ). Mungkin lepas Bourne Muktamad ni ada pulak Bourne 2, Bourne 3, Bourne Lagi, Bourne Balik, Bourne Selama2nya, Dahla tu Bourne dan Cukup2la tu Bourne. Tp apa yg penting sama mcm dlm real life bukan senang nak capai kejayaan mesti je ada halangan. X percaya pegi ty org2 yg jadi jutawan mcm mana susah jadi jutawan dr bawah. Tp kalau kita ada motivasi dan pegang kuat pd benda tu, kita dah satu kaki ke arah kejayaan. Insya allah. Sekian je tazkirah aku untuk hari ini.

Mawi dah Kaya,
Siti dah Datin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, September 27, 2007

RAYA DAN KAHWIN

Sorila kengkawan sekalian lambat sikit aku nak menulis. Bukan apa cuma aku blur nak tulis apa. Ok hari ni aku x mau la bg contoh bukan nama sebenar nanti ada org terasa haha mesti korang sumpah aku yg berkuasa ni. Hari ni aku nak citer pasal topik yg aku dah naik meluat ah dgr nak2 lg dkt raya ni. Maklumla nak dekat raya ni mesti time ni ramai org nak kawin kan? Sampai dah sinonim org kawin masa time raya. Senang kumpul org la katakan. Pastu tempoh kelamin pun pjg.

So kenala tempias kat aku jugak " Bos bila nak kawin? ". Naik boring la aku. Aku tgh enjoy betul life skrg boleh ty benda tu pulak. Bila aku nak kawin aku ckp la. Apa masalah korang ni? Kalau skali ty boleh la aku senyum2 lg. Tp kalau dah sampai 48 x membangkitkan status aku da berat nih. Agaknya keje kjaan mcm tu kot. Mmg status kau jadik persoalan. Tp bila da lama2 aku dah naik lali walaupun kdg2 boring gak. Aku baru 27 mah 25 Sept lepas. Life begins @ 40. Mungkin aku x senasib baik dgn sedara Omar atau Jakpa yg dah bertemu jodoh tp byk lg benda aku boleh explore ms ni. Mungkin x seenjoy "cret, cret" spt yg diungkapkan oleh sedara Omar ( sial lu omar! ) tp aku xde la gian sgt benda tu ( kdg2 la ).

Anyway aku kena pandai melarikan diri kat kg nanti drpd makcik2 n pakcik2 bzbody aku yg mmg ringan mulut lidah dan senyuman ty 'Bila nak kawin?' sbb abg2 sedara aku dua2 belah dah kawin so aku xde protection la raya ni. Kalo dulu boleh divert kat diorang nampaknya tahun ni i'm all alone. Tp xde hal. Aku boleh buat2 pekak sambil main pelbagai jenis mercun yg disponsorkan oleh sorg pakcik aku yg cool dan x putus2 sponsor setiap kali raya. Sambil makan rendang, lemang dan ketupat. Lg best kalo makcik aku sorg tu masak nasi dagang. Hmmm sedapnya. Mercun dan makanan mmg paling best time raya. Aku xmau jd mcm Syed hr raya dok dlm bilik buat 'ahem, ahem' ( insaflah woi! ). Cuma time raya ni yg tensen balik kg jem mcm lahanat. Kalau korg2 balik kg mesti paham apa aku ckp ni. Ok la kengkawan, in case aku x blog sblm raya ni, Selamat berpuasa ada lg 13 hr je lg. Teruskan usaha!

Sunday, September 16, 2007

HATI KERING

Tensen la aku penat memikir masalah rakyat jelata suma skrg aku nak rilek sambil merepek skit. Aku nak mulakan perepekan aku dgn bait lagu sebuah kumpulan rock kapak sakti yg x asing lagi di kalangan Persatuan Rockers2 Semenanjung Malaysia, iaitu Lefthanded. Kalau korang betul2 otai, mmg korang mesti kenal sama ini band. Kalau x, sah korang mmg generasi MTV n Channel V:

Tiada Lagi Kidungmu

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

(Sila nyanyi dgn suara serak2 kering dan kangkangan ala2 sekangkang kera utk efek yg lebih feeling)

Ok. Sebenarnya aku bukan nak citer pasal lagu Lefthanded ni walaupun suara dia mmg power seangkatan zaman2 kegemilangan band2 rock kapak mcm search, wings dan may. Tp pasal hati kering. Korang penah dgr x istilah hati kering tu apa? Hati kering kalau ikut kamus dewan serbaguna sekolah tamil bermaksud 'tindakan/percakapan/perasaan oleh seseorang yg x mengikut norma2 atau nilai2 yg sepatutnya'. Ishhh payah betul nak paham. Mcm ni la aku kasik satu senario kat bawah ni kasik korang paham eh:

Ini adalah kisah sepasang kekasih di malam Merdeka. Fara Diana ( bukan nama sebenar ) ingin meminta kekasihnya, Azlee ( bukan nama sebenar ) utk menemaninya membeli-belah keesokan hari. Tetapi...........

Fara Diana : Azlee, jomm la temankan i beli barang.
Azlee : Kalau boleh mmg i nak teman u beli barang tp i busy la ni.
Fara Diana : Alaaa.... tp u kan dah janji ari tu nak teman i beli cadar ropol2 kat ikea tuh. U dah lupa ke?
Azlee : I tau tp mmg I tgh bz ni. Esok my deadline kena antar spec n quotation kat customer. I hv to wait phone call like, half an hour?
Fara Diana : What???!!!! Tp esok kan 31 August? Esok cuti Merdeka la yang. U bukan masuk perbarisan kat Dataran Merdeka tu pun. Suma org cuti la. Next week je la u hantar keje u tu. Jomm laaaa argh argh argh!!!!!! ( sambil berguling 360 darjah atas lantai )
Azlee : No. I dah kata i bz ada keje kalau u nak pegi je sendri or wit ur friends.
Fara Diana : Azlee Shahrim! I kasi u kata dua! Either u ikut i pegi ikea beli cadar ropol2 or kita putus je! I dah lama x tahan dgn u tau!
Azlee : Putus? ok jugak ( dgn muka selamba tapir n tanpa expression marah atau sedih atau bengang; normal je )

Haha, ada paham? Singkat citer hati kering ni maksud pemiliknya ni mcm xde perasaan yg sepatutnya la bila berhadapan dgn sesuatu situasi tu. X semestinya situasi tu kena sedih, chaos atau psiko je. Kalau happy pun boleh jugak tunjuk kekeringan hati. Rata2 org ckp bila kita ni hati kering, akan terseksa. Seolah2 kita 'bunuh' hati kita dan seterusnya membuatkan hidup sendri x bahagia. Tp bg aku bila kita train hati kita jadik kering sikit pun sebenarnya bagus jugak. Sbb bila kita dah hati kering, dah tentu kita x overexcited atau mengharap pd sesuatu benda. So kita dah berjaya eliminate unsur perasaan bila buat keputusan. Satu lagi bila kita ni hati kering, kalau apa dugaan yg dtg pun mesti kita boleh hadapi. Bak kata org putih it's part and parcel of life. Hadapi jela nak buat mcm mana xkan nak lari. Sbb tu biasanya org yg hati kering ni boleh jadik effective leader. Sbb hati kering menjadikan dia kuat mental. Bukan senang nak buat keputusan lepas tu stick to your decision no matter what people say.

Satu contoh tokoh aku boleh kasik ialah Tun Mahathir. Mamat ni i tell u, dia mmg la hati kering x ingat. Ingat lg aku kes anwar, perwaja steel, projek mega n mcm2 lg yg org dok ngata Tun Mahathir tp dia buat dono je. Lepas satu, satu brainchild dia. Yang penting what will happen in the future. I must say aku hail dia sbb characteristic dia walaupun dia byk buat silap jugak well bg aku nobody's perfect. Org boleh ckp je pjg2 pasal keburukan dia tp cubalah salah sorang yg dok mengkritik tu jadik PM satu hari. Tgk boleh ke jadik lg baik dr tu atau paling taik pun sama je performance dia. Eh, apa aku merepek sampai politik ni? Anyway, x salah train hati jadik kering tp sekali sekala kena jugak sejukkan supaya kita x jadi ekstrem. Keyword dia adalah 'balance' in everything supaya kita boleh jadik lg kuat dan tegas dan dlm masa yg sama mengecapi bahagia selama-lamanya, aman dan sentosa, duli yang maha mulia.

Thursday, September 13, 2007

PUASA DAN PARAM

Hari ni hari first puasa. Sebenarnya aku tgh diet skrg ni. Jadik kelaparan xde la melampau2 sgt sbb aku dah ready 2-3 hr lg awal tambah lg cuaca redup. A perfect start to Ramadhan. Sbb kalau ikut tafsiran x salah aku Ramadhan tu pun dah maksud bulan yang panas dan kering.

Aku cuma harap this Ramadhan akan bring something. Tah, aku rasa bulan puasa ni ada sesuatu yg best akan berlaku. Mintak2 mcm tu la sempena bulan keberkatan ni. Ok aku x nak khutbah berjela2 pasal bulan puasa. Aku cuma nak citer pasal sesuatu yg mesti ada masa bulan puasa - pasar Ramadhan atau kependekannya param.

Suma org suka pegi param. Org Msia mmg suka makanan. Bukti? Dlm surat kabar dulu ada kluar 70% org Msia overweight. Jadik param ni bagaikan satu tarikan atau tumpuan org carik makanan. X kira la Melayu ke, Cina ke, India ke, yg puasa, yg puasa suma mesti dah pegi at least skali dlm bulan Ramadhan ke param. Masa ni la korang boleh tgk mcm2 makanan yg xkan dpt korang jumpa semudah tu masa bulan lain. N tambah lg yg meniaganya terdiri dr org2 yg tau pasal makanan n minuman. Ilmu meniaga belakang kira. Sbb masa bulan ni market mmg dah ada. Kau cuma perlu 1. dpt permit dr majlis perbandaran tempat kau nak bukak booth kau 2. cari meja panjang 5x3 atau 4x6 barang dlm 1-2 papan (bergantung kuantiti yg kau nak meniaga) 3. cari payung pasar tani atau nak lg hebat khemah arabian atau piramid 20x 10 ke 4. letak la brg2 yg kau nak jual n lepak je la kat situ. Ada customer layan. Mudah dan senang. No wonder org2 dr yg menganggur smp yg keje manajer tah mana ( x tipu ) sanggup buat part time sbb income dia masyuk. Kalau rezeki kau murah dlm sehari boleh dpt at least RM 300. Kali 20 ( tolak sewa, hari dia rasa malas, potong last2 day sbb nak balik raya ) taik2 RM 6000. Byk tu sape nak bg?

Di masa nilah mata2 kita akan jadi sgt jahat skali seolah2 x ubah mcm tgk 1000 punggung n body pelbagai jenis awek dlm satu masa. Mana x mcm2 jenis makanan dr nasi dagangnya sampai la ke kuih apam. Eh aku x tambah lg, masa kat param ni pun byk awek2 cun pelbagai bangsa yg pakai seksi meksi. Huh mmg potongan diskaun utk pahala puasa kau! Anyway bila aku pegi param ni satu je aku tensen. Bila ada malaun mana x kira la Cina ke, India ke, Melayu ke yg makan sambil jln2 kat param. Kalau ikut ati aku nak je luku malaun2 jenis ni x considerate langsung. Tau la kau x posa kan n Msia ni pun negara demokrasi. Tp paham2 la sendri majoriti yg dtg tu suma org2 yg posa dtg nak beli makan bukak posa. Respek la kat diorang2 ni. Param tu pun asalnya diadakan utk cater for org2 yg nak beli juadah utk buka puasa. X kisah la kalau lu nak dtg sama beli makanan itu shows diversity in our culture. Kira suma boleh campur. Tp yg lu tibai makan karipap sambil jln2 kat param tu apahal? Kalau budak kecik boleh lg gua maafkan ini dah tua bangka. Umur 40 pun ada wa ckp lu. Carik la tempat sunyi sikit atau balik je rumah kalau dah x tahan sgt nak mencekik tu. But plz la not in front of public esp. yg berpuasa ni. Lu x puasa apa lu faham? Eh aku ni terlebih emo la plak. Kurang lg pahala. Anyway aku nak kasik cadangan kat pihak berkuasa tempatan (PBT) satu Msia supaya letakkan signboard jgn makan di param dan tangkap pemakan2 jalanan yg x tau malu ni dan kasik denda. Duit denda tu plak kasik makan kat surau/masjid kat area situ. Apa pendapat korang?

Monday, September 10, 2007

GILA

Okla2 aku tukar jadik Hidup Seorang Pegawai Kerajaan jugak. Korang mmg cibai la. Ok hari ni kita citer pasal gila la. Gila ada mcm2 jenis. Ada orang gila kuasa, gila pompuan, gila duit, gila babeng, dan tak kurang jugak yang gila melaram. Tp setakat ni aku x penah pulak dgr org gila2 remaja. Tp aku nak spesifik citer pasal org gila yg kat tg rambutan tu. Kenapa org boleh jadik gila? Mcm2 sbb. Aku bg satu contoh la, ini contoh je ye.

Syed Zikree adalah seorang yang gila william. Tiap2 minggu dia makan di william. Dia suka makan di william sbb dia boleh customize makanan ikut suka kepala dia.

Still don't get it? Aku kasik satu lagi contoh:

Izhan adalah seorang yang gila gay. Dia suka mencabul kawan2 lelakinya. Kerana mungkin dia pernah dilayan seperti seorang gay dahulukala.

Skrg nampak x? Kebiasaannya org jadik gila sbb dia punya past yg mungkin x best. Dulu aku pernah jumpa sorang gila kat area rumah aku. Cina gila ni slalu jalan2 x pakai baju dia pakai sluar pendek yg dah koyak rabak. Lepas tu kalau kau jumpa dia mesti dia pau kau rm1. So ada skali aku pun memachokan diri dan interview la dia. Aku ty knape dia boleh jadik mcm ni? X pasal2 dia menangis depan aku. Aku pun kakikukaku la kejap kan. Ape citer? Lepas tu dia pun citer la mcm mana dia bangkrap pastu anak bini dia tinggalkan dia. Paham la aku kenape dia jadik gila.

So kesimpulannya disebalik kegilaan sorang2 tu terselit kisah yg kita pun x tau. Sbb kenape dia jadik gila. Actually kalau kau rajin cuba korang pegi kat hospital bahagia mcm2 gelagat kau boleh tgk. Try jumpa dgn org yg jaga hospital tu. Dia mesti boleh citer mcm2 kenape org ni jadik gila, org tu jadik gila. Jadik moral of the story jgn jadik gila. Sbb org gila ni mmg menyusahkan org. Bukan aku ni anti org gila tp sedarle bak kata pujangga "Shit happens". Aku percaya mcm mana besar pun dugaan tuhan bg, mesti ada jln kluar punya. Keyword dia : jgn putus asa dan wasatiah. Kalau x korang pun mungkin akan end up mcm cinapek dlm citer aku tu. Jgn jadik gila!

Monday, August 6, 2007

Cari Jodoh.........

Ok, ok aku ngaku memang dah lama aku tak menulis. dah tiga minggu. sibuk maa. harap korang baca dan check la jugak apa yg aku merepek kat sini. jadi tanpa membuang masa dan sampah, hari ni aku nak komen pasal sesuatu yg aku dapat dlm email aku. Ada benda yg aku rasa betul tp byk benda yg bg aku merepek bak kerepek jackers. Pada setiap nombor aku selitkan komen aku kat bawah, yg bermaksud aku tambah la. So sila la baca:
TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
Komen : Ini normal. Persoalannya dia lakukan apa utk awek dia? Adakah benda yang bodoh seperti terjun ke lubang taik untuk membuktikan cinta dia?
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
Komen : Ini pun biasa. Dalam couple mesti ada fun.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
Komen : Ini nilai yg bagus.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
Komen : Ini ciri2 lelaki yg insecure dan loser. Cemburu perasaan biasa tp mengongkong? Meluap-luap pulak cemburu. Hey come on la, manusia mana yg suka kena kongkong. Kangkang suka la!
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
Komen : Pun ciri2 lelaki yg insecure. Takkan x pernah dengar peribahasa bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau hilang cari lain la. Kenapa kena takut pd benda yg x tentu? Kenapa kena simpan org yg x mau simpan kita?
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
Komen : Separuh setuju. Mmg x boleh percaya 100% pd pompuan lebih2 lg zaman ni. Tp kalau dah 24/7 awasi pergerakan kekasih kira psiko la tu kan? Lagi psiko kalau pasang GPS kat badan awek korang!
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
Komen : Ini lumrah la. Lelaki mmg ada sifat dominan pd awek dia. Tp awek dia ada hak nak bersosial dgn lelaki lain. Jadi soalan sebenarnya, lelaki kena bertanya : adakah dia masih relevan sbg balak pd awek dia?
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
Komen : Semua org sukakan perhatian. Sensitif ada tahapnya. Adakah dia dah sampai tahap sensitif yg jadi mcm wussy? Ataupun dia pandai sensitif dgn kasi hint2 pd pasangan dia. Sendiri mau faham la. Perempuan pandai baca lelaki tau! Macam radar.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
Komen : Mmg tujuan bercouple supaya kita bg perhatian pd seseorang lebih drpd org lain. Tp mcm anak kecil? Gila sissy! Perempuan mahukan lelaki bukannya baby. Kalau dah kawin mungkin citer lain la. Ehem! Ehem!
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
Komen : Hanya bila dah jadi kekasih yg sebenarnya. Kalau bakal kekasih takyah tunjuk lebih2.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
Komen : Dulu2 aku selalu buat benda ni. hehe. Tp pikir2 balik rasa mcm budak2 pulak. Moralnya, jgn buat. Be Cool. Mcm John Travolta.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Komen : Kecoh la mamat ni. Tp ada relevan gak. Kalau takat awek pegi kursus yg 2-3 hari takkan nak gelabah. Tp kalau dah sampai 2-3 tahun baik korang ada back up plan. Sbb mcm2 boleh jadi masa korang berjauhan dan godaan dia lain mcm. N kau terpaksa berabis duit utk topup telefon yg sgt dimenyampahkan. Not a fan of long distance relationship!
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
Komen : Ini nilai yg bagus.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
Komen : Nilai yg bagus. Tp persoalannya adakah awek dia pun pikir mcm tu? kalau ya jawapannya, mmg berbaloi mcm membeli-belah di kamdar.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
Komen : Lagi satu ciri2 lelaki insecure. Bayangkan every single hour kau ty kat awek kau "awak cinta sy x?" Ko rasa mcm mana? X annoying ke? Sebenarnya lelaki x perlu ucap cinta2 ni. It's what u do that matters to women.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Komen : Ini sesuatu yg bagus hanya jika kekasihnya berbaloi as the one and only. Otherwise keep your option open!
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
Komen : Luangkan masa terlalu byk dgn awek boleh membunuh relationship sebenarnya. Pompuan sebenarnya suka pada lelaki yg ada aura2 misteri mcm misteri nusantara tu. Jadi kalau dah slalu sgt luang masa, apa lg misteri yg ada pd lelaki tu?
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
Komen : Ini nilai yg bagus. Pompuan suka dihargai.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
Komen : Aku nak pinjam kata2 idola aku, Homer Simpson - "LOSERRRRRR!!!!!!!". Sekali ditinggal x ada kembali2 nye. Kembali ke rahmatullah mungkin la. Biasa la permulaan mesti ada rasa serik but gradually kena bangkit dr kecewa dan carik yg 10 kali ganda lg puas dr ex dulu. Takkan nak selamanya living wit the past. Kalau betul pun kembali, xkan jadi mcm dulu lg relationship yg dimulakan dulu. Aku sentiasa pegang prinsip x kan jilat ludah balik. Lg baik aku jilat benda lain (u know what i mean)
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
Komen : Awek kau patutnya tahu di mana dia berdiri. Dia nak pegi pd org ketiga? so what? Kau pun cari la org keempat. Dia ingat saham dia je ke mahal? Saham lelaki sentiasa naik la! Jadik jgn risau. Biar dia kejar kau. Aku percaya lelaki hanya perlu tunjuk kualiti diri and the rest, biar pompuan decide.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
Komen : Mak oihh!!!, sampai sanggup serah nyawa sendiri. Bawak2 la mengucap oi. Tuhan kasik satu nyawa je. Tp Tuhan boleh kasik kau 1,2,3,4,5, hatta 88 org kekasih sekalipun. Jadik secara logik mana satu kau pilih?
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
Komen : Kalau dia mmg sayang awek dia mmg la dia x curang.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA
Komen : Airmata hanya untuk lelaki yg wussy shj. Lainla kalau awek kau meninggal ke. Tp kalau dia dump kau atau bergaduh, kau nak nangis ke? not worth it! Lg berbaloi kalau nangis sbb kawan drpd sbb perempuan.


Itula sahaja komen2 aku. Korang mungkin setuju @ x tp aku peduli apa. Ini blog aku. Sbrg komen atau counter komen dialu2kan. Chow.

Sunday, July 15, 2007

KUASA DAN HORMAT

Hari ni aku nak citer pasal kuasa atau power. Bukan kasut Power atau Power Rangers yang korang tengok kat tv tu tapi kuasa dari konteks politik dan sosial. Sejak aku keje kerajaan ni, aku dah makin faham pasal kuasa. Pendek citer kuasa mmg satu benda yang sangat menagihkan. Jadik tak heran la kalau semua orang nak kuasa selain duit. Sampai begaduh2 dan bebunuh2. Sebab dengan kuasa kita dapat jadi setakuk atas dari orang bawah kita. Dan boleh mengarah macam arah monyet panjat pokok petik kelapa. Ada yang dapat kuasa sebab duit (taikun2, toke2 besar), ada yang dapat kuasa sebab pangkat (menteri2) dan ada yang dapat kuasa sebab keturunan (raja2).
Jadi selagi ada manusia, selagi tulah kuasa akan tetap ada. Setiap manusia ada kuasa sekurang2nya pada diri dia. Since zaman ni takde lagi sistem hamba2. Aku suka mengaitkan kuasa sama macam api. Kalau kau tak pandai guna api, dia akan bakar kau. Kalau kau tak guna api, dia akan padam. Tapi kalau kau pandai guna api, dia akan jadi senjata atau ally kau yg paling berguna. Kalau takde api, tak boleh la kau isap rokok, haha! Sifat kuasa mmg sama mcm api. So kita kenalah use wisely.
Dah jadi lumrah manusia tak suka orang yang berkuasa. Kalau tak percaya kau tengok belambak2 blog yg hentam org2 atau pihak2 berkuasa. Sampai ke tahap menipu pun ada sebab nak kasik sensasi. Dah jadik mcm rancangan Melodi atau Sensasi pulak. Tapi aku tak salahkan 100% kalau mmg org yg berkuasa tu byk yg senget. Adalah mustahil nak kasi suma orang suka pada kita tp x mustahil utk suma org hormat kita. Jadik setinggi mana pun kita kenala hormat org. Sbb kuasa bukan satu benda yg kekal. Bila kita hilang kuasa, masa tu la kita akan diserang kiri, kanan, depan dan belakang. Banyak jugak la yg aku tgk. Mmg ngeri. Ingat tak citer spiderman ada ayat corny berikut: "With great power comes great responsibility". Mmg corny tp betul. Byk org suka pada kuasa dan nakkan kuasa tp x ramai yg nak pikul tanggungjawab. So aku pun terpaksa buat satu conclusion yg agak Honda Ekstrem iaitu : Kebanyakan manusia mmg selfish. Bila jadik mcm tu patut la org x hormat pd kita walaupun kuasa kita mmg besar. Ia akan jadik satu ilusi shj. So, berpeganglah pada kata2 idola kita, sedara Jean Claude Van Damme:
"What is a movie star? It is an illusion. It was everything I ever wanted to be, but it became a kind of shell, non? It was what made me famous and got me women. But it wasn't real."
Eh aku ada byk keje ni.
Sekian, timeseh
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang sentiasa benar tak tipu punya
Hanan

Thursday, July 12, 2007

MALAYSIA 1 CHINA 5

Korang semua mesti dah tau kan yg Malaysia kena titik dengan China 2 hari lepas. Memang sampah betul aku tengok game tu. Aku lalu tengok tak sampai 10 minit pon sebab tahap permainan Malaysia memang tahap cipan berunsurkan tenuk. Off position, x de man mark, kelembapan berkekalan dan keletihan yang sangat ketara pada pemain2 Malaysia. Sampai bapak aku yang dok tengok kat sebelah tak pasal2 boleh emo tengok Malaysia main. Padahal takde la gila bola sangat bapak aku ni. So di bawah sini aku nak mencadangkan beberapa cadangan untuk memajukan bolasepak Malaysia yang tak pernah korang dengar kat mana-mana.

1. Siap sediakan telur, tomato, botol air, lastik dan segala bala yang boleh dibawa kat stadium untuk dibaling pada pemain2 Malaysia bila diorang kalah.

2. Wujudkan Akta Kekalahan BolaSepak. Dalam Akta ni, akan dijelaskan hukuman2 yang boleh dikenakan pada pegawai2 FAM, pengurus, jurulatih, pemain2, tukang bancuh air, tukang kilat kasut bila kalah. Ranking boleh jadik guide. Kira kalau Malaysia kalah dengan team yang ranking bawah dari dia, kita boleh kenakan hukuman gantung sampai mati ke atau tembak beramai-ramai ataupun kasi elektrik shock kat suma2 tu. Kalau ranking yg atas sikit mungkin kena saman sorang RM 50,000 atau penjara 18 tahun atau kedua-dua sekali. Kalau ranking top 30 misalnya kita bagi ringan la iaitu lari keliling padang sebanyak 1800 kali sambil gantung tag besar kat dada berbunyi 'Saya berjanji takkan kalah lagi'.

3. Tetapkan larangan pada pemain2 bola daripada membawa atau menaiki mana-mana jenis kenderaan. Jadik bila dia nak datang training terpaksa la joging ke padang dan akan kasi dia fit.

4. Wajibkan semua pengurusan FAM dari Presiden sampaila ke macai untuk sama2 turun training sekurang2nya 1-2 jam sehari baru diorang reti sikit pasal bola.

5. Sediakan latihan ala tentera pada pemain2. Kasik sorang pegawai tentera yang betul2 brutal untuk handle training ni. Angkatan Tentera boleh cooperate dlm hal ni.

6. Pastikan ada sorang pegawai peribadi untuk setiap pemain. Pegawai ni ada kuasa utk check apa dia buat seharian, tgk apa makanan dlm peti sejuk - kalau ada junk food atau makanan kurang sihat dia berkuasa buang makanan tu, samada dia ada masturbasi x satu hari tu, pendek kata penjaga 24 jam la.

Itulah antara cadangan2 aku. Apa pendapat korang yang bernas boleh kasi nanti aku majukan dalam satu kertas kerja kat Kem. Belia dan Sukan.