Tuesday, May 19, 2009

FOR THE LOVE OF THE GAME


Cis! Man U menang lg EPL. Xpe2. Tgg next season... Anyway kali ni aku bukan nak citer pasal ’the beautiful game’ iaitu Bola Sepak. Tp pasal game jugak iaitu game komputer. Aku suka main game komputer, PSP, Playstation, Xbox dan seangkatan dengannya. Peduli apa org nak kata. Aku selalu dpt remark mcm ’Aik dah besar tua pun main game lg?’ atau ’Ko xde benda lain ke nak buat selain main game?’ Bg aku, main game mendatangkan kepuasan yg x bleh dikatakan. Bila main game aku boleh ilangkan tensen dan lupakan kejap masalah negara yg ditimbulkan oleh korg (ye, korg yg membaca ni).

Kegilaan aku bermain game boleh dijejaki sejak tahun 1986, iaitu masa bapak aku beli komputer yg first skali x salah aku yg VGA 4 kaler tu. Game yg first skali aku main adalah ’Dig Dug’, iaitu satu game kau kontrol mesin kutip berlian sambil dikejar monster2. Objektifnya mudah iaitu kutip berlian sampai abis then go to the next round. Lps tu ada game Karateka, satu game simple iaitu jalan2 sambil sepak/tumbuk org yg bermuka kerbau, lembu, kambing dan sbgnya utk selamatkan puteri di satu pulau dr tgn sorg evil warlord bernama Akuma. Satu lg game yg similar mcm ni ialah Prince of Persia. Objektif lebih kurang sama, iaitu selamatkan puteri cuma ada mcm2 perangkap dan puzzle di samping penjahat2 dlm dungeon utk smp kat puteri tu.

Bila naik sekolah menengah zaman arcade pulak. Masa tu budak2 termasuk aku pun terjebak dlm kegilaan Street Fighter. Aku rasa sape yg lahir sebelum 90an tp x tau pasal game ni mmg xde life la sbb ni adalah satu fenomena pd zaman tu. Game ni senang je; 1. Pegi arcade berdekatan rumah anda dan cari mesin Street Fighter; 2. Masukkan syiling 20 sen dlm slot mesin dan pilihla karakter kesukaan anda mcm Ken atau Ryu, ahli karate, Guile askar Amerika atau raksasa hijau Blanka; 3. Lawanlah smp kau kalahkan M. Bison, ketua penjahat dlm game ni. Bila menang dptlah ending storyline dia yg corny. Tp yg sial kalau ada mamat mana yg ngada2 nak fight kau. Kalau kalah mmg la x best sbb dah rugi 20 sen tp kalau menang boleh la kau jeling dia dgn pandangan penuh berlagak dan berkata ’Are u man enough to fight with me?’ (dlm hati je la). Boleh dikatakan Street Fighter ni berjaya merajinkan diri aku utk eksesais dgn melangkahkan kaki ke arked di SS 19 dan melabur wang saku mingguan demi melampiaskan nafsu bermain game. Dan kalau aku lg rajin, akan ku jogging ke SS 15 yg dlm 1 kilometer tu krn game2 kat arked sana lg pelbagai dan menarik termasuk King of Fighter, Raiden, Double Dragon, Cadillac n Dinosaur dan mcm2 lg. Smp ke tahap mlm2 aku brani sneak out demi benda yg lagho ini. Sungguhpun ada signboard ’18 tahun dilarang masuk’ ttp aku berjaya membutakan mata dan hati aku krn melanggar undang2 ada kepuasannya betul x? haha. Dan yg lebih membanggakan, smp harijadi aku yg ke 18, x pernah skali pun aku kantoi dgn pihak berkuasa mcm polis sbb main game kat arked. Kalau x dah tentu aku kurang2 kena hukuman menyanyi lagu Negaraku dgn penuh intonasi dan semangat mcm kawan2 aku penah kena. Sipi2 adalah. Ini salah satu pencapaian membanggakan dlm hidup aku. Skrg arked kat SS 15 dan SS 19 dah xde sbb kena angkut dek MPSJ. Aku pun ada masa hr mesin2 game kat Arked SS 15 kena angkut. Sedihnya x boleh nak kata smp nak mengalir airmata aku. Yg lagi buat aku tebakar bila ada sorg pakcik yg kebetulan sebelah aku boleh kata ’Ha! Baguslah dah kena angkut semua kurang sikit gejala sosial kat Subang ni’. Rasa nak je aku tampar atau belasah pakcik tu. Obviously dia x paham yg kaki2 gamers mcm aku ni x kacau telor org pun. We just want to hv fun n play the game. That’s all. Tp pakcik tu x memahami jiwa gamers mcm aku ni so aku let it go je la. Cipek betul dah la penat aku berjalan 1 km smp2 arked kena sita n kena dgr org tua membebel pasal Kenapa Arked Patut Ditutup Untuk Mengelakkan Gejala Sosial.

Masa aku dok Kolej Aseania kat UUM dulu, budak2 termasuk aku penah gila main Championship Manager atau panggilan manjanya CM. Mangsa2 sindrom Gila CM yg dikenalpasti pd ketika itu adalah Syed Zikree, Izhan Adli, Rafhanuddin dan Omar Al Yamani. Antara sindrom Gila CM yg ketara adalah; 1. Kemampuan utk bermain CM secara berterusan selama 5 jam sekurang2nya tanpa mengambilkira keperluan org lain yg juga nak guna computer; 2. Apabila tajuk perbualan x dpt lari dr pembelian player kesukaan, taktik dan strategi yg sesuai dan lain2 berkaitan pengurusan team bola anda pada setiap masa; 3. Kemurungan yg luar biasa akibat team tidak memenangi sesuatu cup atau kalah memanjang ataupun player2 buat perangai yg boleh meranapkan pasukan; 4. Mengabaikan masa tidur/belajar/kuliah/makan utk dimanfaatkan bagi game CM seterusnya menggalakkan budaya ‘Tolong sign utk aku’ atau ‘Tolong tapau utk aku’ krn malas keluar bilik sbb mengadap benda alah tu je. Game ni pd lahirnya mmg nampak bodoh sbb hy berupa teks semata2. Dlm CM kau adalah Manager team yg korg pilih dan tujuannya dah tentu nak memenangi sebanyak mungkin cup dlm satu season dgn mengalahkan team2 lain dlm satu league. Apa yg unik mengenai CM ialah x mcm game lain, kau boleh manage team smp la beratus tahun pun janji x kena sack ataupun tiba2 system malfunction sbb game pun pening. Kiranya x boleh habis la. Yg bestnya bila musim jual beli dan develop player atau menang cup. Perasaanya mmg x boleh diluahkan dgn kata2.

Zaman skrg, mcm2 konsol game mcm PS, Sega Saturn, Nintendo 64 yg ada di pasaran. Game2 dia pun best. Rumah aku pun dulu ada PS2 smp aku lupa pegi kerja sbb asyik sgt main game wrestling. Skrg menatang tu dah rosak so aku stick pd game komputer dgn PSP adik aku. Game2 yg aku suka skrg berunsur strategi mcm Heroes of Might n Magic, Starcraft, Warcraft, Red Alert, Battle Realms dan yg sewaktu dgnnya. So tulah sedikit sebanyak sejarah hidup aku yg penuh pahit manis bersama entiti yg diberi nama game ini. Dan smp skrg, aku x bleh berpisah dr dunia game. Dan aku xde rasa rugi, bersalah atau menyesal pun sbb hobi ni x guna byk duit. Hanya dgn rm10, aku boleh pegi Summit USJ dan beli game PC kesukaan aku seterusnya install dan main kat rumah. Lg best bila dpt tau ramai sebenarnya yg kongsi minat ni cthnya salah sorg ex bos aku yg dah nak pencen dan bergelar Dato’ pun still main game komputer. Siap boleh ckp kat aku lg ‘Knp? Org tua xleh main game?’ haha cayalah Tok Mi! Y. Bhg. Dato’ mmg jd idola aku utk menjadi org yg sempoi. Di musim Hari Guru ni jua, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan pd tok2 guru dan sifu yg sudi menurunkan ilmu bermain game. Tanpa anda, x mungkin aku mengenali dunia game yg penuh warna-warni dan boleh membuat power2 spt abuken, olyuken atau sonic boom dgn begitu tenang dan jayanya tanpa perlu menghentak2 joystick atau kayuria di mesin2 arcade ataupun papan kekunci komputer yg mungkin menyebabkan kerosakan atau kecacatan kekal tp hasilnya tiada. Sekian, Selamat Hari Guru dan selamat main game.
*Gambar di atas adalah salah satu screenshot game Karateka

Friday, May 15, 2009

KURANG AJAR


First skali aku nak mintak maaf sbb dah lama x menulis. Maklumla sibuk sbb kursus 6 bulan kat INTAN kiara. Balik2 je kena transfer kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Byk benda kena setel. Walaupun stres dan xde byk masa, tp byk jgk yg aku belajar masa kat sana. Anyway, i’m back dan sedia memberi hiburan murahan atas permintaan korang yg dah berapa kali sound aku spy masukkan entri terbaru. Susah betul la rakyat zaman skrg ni peel mcm2.


Ok. Aku x nak citer pasal pengalaman aku masa kursus sbb citer tu boleh diperolehi di mana-mana pejabat kerajaan yg ada PTD di dalamnya. Cuma pegi kat pejabat tu dan mohon spy diorg citer pasal kursus DPA. Kalau diorg x nak citer adukan je pd Biro Pengaduan Awam (BPA). Hari ni aku nak share satu citer yg pernah berlaku agak lama dulu. Aku x tau knp aku nak bukak balik citer ni tp ni kan blog aku so suka aku la nak citer apa asal x kacau telor org lain sudah.

Aku selalu bertembung dgn org yg agak dan sgt ’hostile’ pd kerajaan. Bila diorg tau aku ni pegawai kerajaan, lgla dia bang aku gila2 tp x smp tahap Bang Bus season 3. Salah satu kejadian seumpamanya berlaku di sebuah restoran mamak di Subang Jaya (nama dirahsiakan tp ada kaitan dengan nama Syed Zikree) dlm pkl 6 ptg kot masa nak dkt PRU 12. Kira time2 nak chill la. Sblm kita menyoroti kisah tragis yg akan aku citer kat korg, aku nak bg clarification yg aku xde mslh pd org yg nak kritik kjaan sbb tu dah jd lumrah hidup aku. Tp aku sgt pantang kalau jenis manusia yg nak berckp tp x bg peluang kat aku nak defend. Lg satu sila ckp secara berhemah walaupun korg x puas ati. Tambahan kalau korg bukannya rapat dgn aku.


Berbalik pd citer td. Bawah ni kira sedikit sbyk perbualan aku dgn dia (skrip asal telah diubah berdasarkan selera aku untuk membolehkan korg yg baca ni faham dan seterusnya menyokong aku secara membabi buta demi kelangsungan karier aku. Walau bagaimanapun ianya x menjejaskan cerita asal.)


R : Kau tgk skrg pegawai kerajaan korup, makan rasuah mcm sial! Lepas tu baru2 ni naik gaji. Abis yg keje swasta sama je. Gaji diorg naik barang pun naik. Yg sakit org2 yg keje swasta mcm aku. Nanti lps ni konfem pembangkang naik lps pilihanraya.


Aku : Ada betul jgk tp bukan suma mcm tu. Byk yg dedikasi. Lgpun kau kena faham pokok gaji kjaan bukan tinggi. Sblm tu yg gaji rm400 pun ada.


R : Tp naik jgk la kan? X mcm swasta mcm tu je gaji x naik2.


Obviously mamat ni x faham. Kalau naik rm50-100 biasa la pegi MNC pun mcm tu gak naik. Nak selesa keje gomen, nak kaya keje la swasta/meniaga. Ada la pro n con dua2. u cant hv the best of both world. Ikut pengalaman aku, lebih kurang je beban keje swasta ngan kjaan. Dlm satu2 keadaan kdg2 keje kjaan lg byk. Dah nampak dah mamat ni jenis xleh dgr ckp org. Aku pun malas nak betekak lg. Dia ingat aku ni bangang dan x penah keje swasta agaknya. Lps tu dia terus membebel pasal hak non malay (dia bukan melayu), DEB, org melayu malas n so forth yg kalau citer kat sini mmg pjg la. Kita teruskan lg citer ni....


Aku : So, kalau kau dpt keje dlm kjaan, kau suka dok tmpt mana?


This is where aku trap dia....


R : Mestilah aku nak jaga kontrak. Jaga kontraktor, supplier. Masyuk. Boleh jd kaya....


Dlm hati aku senyum. Sbb aku dah terbiasa sgt jmp manusia2 hipokrit mcm ni. Manusia yg pandang dunia ni mcm against dia. Manusia yg rasa dunia x adil. Manusia yg rasa dialah betul dan yg lain suma salah. Tp sebenarnya manusia mcm nila yg sampah sebenarnya. Manusia mcm nila yg kalau dia pegang kuasa, dia akan jd lg teruk dr org yg dia kondem dan kritik. Gebang x ingat dunia padahal sendri pun mcm tu. Cuba la pegang kuasa dulu baru dtg balik citer kat aku pasal keadilan. Keadilan My A**. Kalau dia ckp dlm nada yg bergurau or baik2 aku xdehal la tp ni mcm nak cr gaduh mana aku x panas. Apa yg jd lepas tu aku x mau citer sbb x sesuai utk tontonan umum. Tp aku bg korg peluang teka apa jd lps tu. Kalo betul aku amik jd kroni utama aku. Amacam?