Tuesday, November 3, 2009

WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI…..

”Saya putar lg Halim!!! Wang besar! Wang besar!....”

Mesti korang penah dengar ayat ni dalam program roda impian kat Astro. Skrg bukan halim tp mamat nama Kieran Paul sorg deejay radio apatah yg jd hos. Tp Halim ttp jd hos legendary program roda impian sbb boleh diputarkan sepanjang program berjalan.

Hari ni aku bukan nak citer pasal rancangan roda impian ataupun roda2 kotaraya tp pasal wang kertas. Dalam konteks Malaysia dah tentulah RM atau Ringgit Malaysia. Ringgit Kasorgga pulak adalah citer Melayu yg agak popular dibintangi Tiara jaquelina satu ketika dahulu. Suma orang x lari dari citer pasal wang, wang, wang. Dalam bajet parlimen pun citer pasal wang, wang, wang. Kedai kopi pun citer wang, wang, wang. Suma x dpt lari dari wang.

Satu ketika dulu. Aku penah disampuk oleh satu lembaga manusia yg keje kat Proton. Dia mengutarakan satu soalan yang agak mencabar. Kata dia, “buat apa ada kerajaan? Menyusahkan je adala. Buat perabis duit rakyat je. Bukan ada keje pun....” another government basher. Masa tu aku baru keje dlm gomen. Jd x pandai la nak menjawab2 balik ni. Lgpun aku pegawai PTD, bukan pegawai penerangan. Tp dlm hati budak ni pun x sedar Proton pun kerajaan payung. So aku pun jawab sbb kerajaan buat dasar automotif la ko dpt keje kat Proton tu. Kalau betul2 free market ingat Proton dpt hidup ke? Tgk sendiri la eksport Proton kat oversea x idup beb. Tp manusia biasa la, kritik pandai, bila kena batang idung sendiri buat x tau je. Dia pun agak bengang la gak sbb aku pun balas fire wit fire.

Tp kalolah aku dpt soalan mcm ni lg aku mesti suruh dia tgk duit kertas yg kita pakai tu. Suma org sibuk ckp wang rakyat, duit rakyat. Fine tp kalau xde kerajaan duit rakyat akan jd duit yg xde nilai. ”apasal? Kerajaan pakai duit rakyat! Jgn ngaku duit mak bapak korang!”. hello, mak bapak aku pun rakyat jugak. Jd mak bapak aku xde hak? Cuba korang tgk atas ketas duit tu. Mesti korg jumpa perkataan sebelah gambar mamat pakai tengkolok tu, ” WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI…..” siapa yg ’mengesahkan’ wang ni? Mak bapak kau? Kau? Dah tentulah kerajaan. Kalau kerajaan x sahkan xde nilai apa pun wang ni. Ia akan jd kertas semata2. Cuba ko bagi duit pisang zaman kerajaan Jepun. X pasal2 kena lempang ngan apek kedai runcit. Melainkan korg sanggup hidup tanpa wang, ok xyah ada kerajaan pun xpe. Tp kalo korg pertikaikan lg kewujudan kerajaan, silalah tenung kertas RM 1 tu lama2. Kalau rasa x cukup lg wang, masuklah rancangan roda impian. Mudah2an korg menang wang besar....

Tuesday, October 27, 2009

TAMPARAN CIKGU

Masa aku tgh surfing terjumpa satu tajuk kat web star online “Shocked mum lodges report over child slapping”. (klik pd tajuk). Menurut alkisahnya budak tu kena tampar sbb lewat dtg sekolah 10 minit. Sbb trafik jem. Then, mak dia x puas ati sbb anak kena tampar smp antar hospital UM lps check xde apa2 injury. Aku x tau lg lanjut apa sbb lewat mungkin mak dia sendri yg kuar lewat. Kalau betul, mak dia la yg patut kena tampar bukan anak dia. Sori heheh suka2 je tampar org dewasa. Kalau betul , mak dia lewat, patut dia la jmp cikgu tu bg explanation. Ni anak jd mangsa.

Aku bukan nak ckp apa. Cuma org skrg ni dah x respek cikgu dan institusi pendidikan. Perati la apa mak dia ckp “Her class starts at 7.30 and she was only late by 10 minutes. Why must her teacher slap her?” Hello ma’am, ni la masalahnya rakyat malaysia. Xde sense of urgency. Cikgu tu nak ngajar. X patah riuk pun tulang anak kau tu. Aku x tau knp a prominent paper mcm star boleh publish citer mcm ni. Nak cr publisiti ke? Apa budak2 skrg ni dah kebal sgt agaknya. Cuba la kita ubah senarionye ke persekitaran kerja di ofis. Budak ni lambat 10 minit n give the traffic jam excuse then got fired. N suddenly mak dia kata “Her work starts at 8.30 and she was only late by 10 minutes. Why must her employer fired her?” Ko rasa jd tajuk akhbar x? of course x atas nama profesionalisme, punch kad merah, sense of urgency, kpi, keje mesti ikut prosedur n all those slogans n motivational quote. Knp sekolah, as a nurturing place to prepare budak2 utk keje satu hr nnt ada double standard? Kalau dr kecik da blaja dtg lambat mmg tebawa2 la zaman keje.

N ada org komplen pasal institusi pendidikan. Aku tau mmg our education still bukan the best lg. But at least show respect to people who enlight n educate u. Kau ingat kau keluar perut mak kau trus boleh membaca, menulis, mengira ke? Kau ingat senang ke nak control satu kelas 40-50 org budak2 yg mcm2 perangai? Cuba la jd cikgu baru kau tau senang ke x. Oleh itu aku menyokong rotan dikembalikan zaman skrg. Sbb budak2 dah makin kurang ajar dan menakutkan. Korg yg baca ni suka ke x aku peduli apa. Ko kan hebat dah keje gaji riban2. Mungkin ko kluar perut mak kau trus keje MNC kot....

Wednesday, June 24, 2009

CONNECTION

Ya, Pegawai Kerajaan kembali lagi melaporkan dari Parlimen Malaysia. Hari ni kita nak citer pasal connection. Bukan connection internet, tv, telefon atau connection letrik tp connection yg membawa maksud “kabel orang dalam’. Aku nak citer pasal benda ni sbb bidang tugas aku yg coordinate isu2 Kementerian aku kat Parlimen. Maka byklah connection aku dgn org2 politik. Ada org yg best dan ada yg buat aku nyampah. But that’s part of life. Bukan semua org boleh kau suka. Sama la jugak ada org yg suka dan x suka aku. Tp kadang2 org yg menyampah ni pun boleh jd useful jugak. So selalunya aku just hv to deal with these nitwits. Selalu kita dengar orang yg ada connection boleh dapat apa yang dia nak. Dalam seharian kerja aku, selalu aku dengar org cakap mcm ni:

“Nan, ko boleh tolong aku buat tu, ini x? Kau kan ada connection dengan org2 politik?”

Ataupun
”Boleh connectkan saya dengan KSU, TKSU dan menteri x?”

Realitinya, connection ni amatlah penting memandangkan kita adalah makhluk yg bersosial. Tp kalau kita menyalahgunakan connectian akan jadilah kita makhluk yg so sial. Dalam bisnes, kerja ataupun buat tugas2 amal, connection sgt penting utk mudahkan kita dapat apa yg kita nak. Cuma ada la org yg irihati bila kita ada connection dgn org2 yg berpengaruh dan powerful. Sbb tu timbul soal kronisme, nepotisme dan bermacam isme yg lain. Sbb org dengki la. Tp aku peduli apa. Yang penting aku x kacau idup org. Tul x? Walau bagaimanapun x semua connection kau boleh tolong. Macam manapun kau kena jugak usaha sendiri. Building connection/network adalah sebahagian usaha kau. Aku x mengerti kenapa byk org nak deny pasal benda ni. Seolah2 buat networking tu adalah satu kesalahan yg besar. Aku just happen to be in the government. Maka menetworkkan diri adalah sebahagian bidang tugas aku selain daripada kuasa-kuasa yg diperturunkan ke bawah aku. Walaupun kuasa2 ini xlah membolehkan aku utk berlari laju mcm six milion dolar man atau dalam bahasa melayu aslinya ’lelaki enam juta dolar’ ataupun terbang mcm watak Superman, tp kira cukuplah nak memudahkan kerja2 aku. Kalau org benci sgt pd org yg ada connection, knp ada istilah network marketing yg kecoh sgt skrg?

Oklah actually aku xde idea nak nulis pjg2. Oleh itu ikutilah citer di bawah ini yang berlaku dalam bilik tidur seorang lelaki bernama Azlee dipercayai sekitar TTDI utk lebih faham tentang connection dlm hidup seharian.....

Zikree : Beb, kau dah connect dah internet?

Azlee : Aku connect dah.

Zikree : Xde pun connect?

Azlee : Tp td ada connect apa?
Zikree : Ada. Tp connectnye pendek sgt. Mcm mana aku nak bukak facebook dgn chat kalo mcm ni?

Azlee : Sat. Mungkin ada masalah pd connection dia.

Zikree : Ala cepatla connect! Aku nak kau connect cepat!

Azlee : Sabarlah! Aku tgh mengconnect la ni…

Izhan : (Berbaring di atas katil dgn seluar boxer koyak) Saya pun nak connect….

Kisah benar ini perlu dibaca dengan penuh teliti bagi memberikan impak maksima pada diri anda. Sekian sahaja laporan dari Parlimen Malaysia. Kembali ke Patio.

Tuesday, May 19, 2009

FOR THE LOVE OF THE GAME


Cis! Man U menang lg EPL. Xpe2. Tgg next season... Anyway kali ni aku bukan nak citer pasal ’the beautiful game’ iaitu Bola Sepak. Tp pasal game jugak iaitu game komputer. Aku suka main game komputer, PSP, Playstation, Xbox dan seangkatan dengannya. Peduli apa org nak kata. Aku selalu dpt remark mcm ’Aik dah besar tua pun main game lg?’ atau ’Ko xde benda lain ke nak buat selain main game?’ Bg aku, main game mendatangkan kepuasan yg x bleh dikatakan. Bila main game aku boleh ilangkan tensen dan lupakan kejap masalah negara yg ditimbulkan oleh korg (ye, korg yg membaca ni).

Kegilaan aku bermain game boleh dijejaki sejak tahun 1986, iaitu masa bapak aku beli komputer yg first skali x salah aku yg VGA 4 kaler tu. Game yg first skali aku main adalah ’Dig Dug’, iaitu satu game kau kontrol mesin kutip berlian sambil dikejar monster2. Objektifnya mudah iaitu kutip berlian sampai abis then go to the next round. Lps tu ada game Karateka, satu game simple iaitu jalan2 sambil sepak/tumbuk org yg bermuka kerbau, lembu, kambing dan sbgnya utk selamatkan puteri di satu pulau dr tgn sorg evil warlord bernama Akuma. Satu lg game yg similar mcm ni ialah Prince of Persia. Objektif lebih kurang sama, iaitu selamatkan puteri cuma ada mcm2 perangkap dan puzzle di samping penjahat2 dlm dungeon utk smp kat puteri tu.

Bila naik sekolah menengah zaman arcade pulak. Masa tu budak2 termasuk aku pun terjebak dlm kegilaan Street Fighter. Aku rasa sape yg lahir sebelum 90an tp x tau pasal game ni mmg xde life la sbb ni adalah satu fenomena pd zaman tu. Game ni senang je; 1. Pegi arcade berdekatan rumah anda dan cari mesin Street Fighter; 2. Masukkan syiling 20 sen dlm slot mesin dan pilihla karakter kesukaan anda mcm Ken atau Ryu, ahli karate, Guile askar Amerika atau raksasa hijau Blanka; 3. Lawanlah smp kau kalahkan M. Bison, ketua penjahat dlm game ni. Bila menang dptlah ending storyline dia yg corny. Tp yg sial kalau ada mamat mana yg ngada2 nak fight kau. Kalau kalah mmg la x best sbb dah rugi 20 sen tp kalau menang boleh la kau jeling dia dgn pandangan penuh berlagak dan berkata ’Are u man enough to fight with me?’ (dlm hati je la). Boleh dikatakan Street Fighter ni berjaya merajinkan diri aku utk eksesais dgn melangkahkan kaki ke arked di SS 19 dan melabur wang saku mingguan demi melampiaskan nafsu bermain game. Dan kalau aku lg rajin, akan ku jogging ke SS 15 yg dlm 1 kilometer tu krn game2 kat arked sana lg pelbagai dan menarik termasuk King of Fighter, Raiden, Double Dragon, Cadillac n Dinosaur dan mcm2 lg. Smp ke tahap mlm2 aku brani sneak out demi benda yg lagho ini. Sungguhpun ada signboard ’18 tahun dilarang masuk’ ttp aku berjaya membutakan mata dan hati aku krn melanggar undang2 ada kepuasannya betul x? haha. Dan yg lebih membanggakan, smp harijadi aku yg ke 18, x pernah skali pun aku kantoi dgn pihak berkuasa mcm polis sbb main game kat arked. Kalau x dah tentu aku kurang2 kena hukuman menyanyi lagu Negaraku dgn penuh intonasi dan semangat mcm kawan2 aku penah kena. Sipi2 adalah. Ini salah satu pencapaian membanggakan dlm hidup aku. Skrg arked kat SS 15 dan SS 19 dah xde sbb kena angkut dek MPSJ. Aku pun ada masa hr mesin2 game kat Arked SS 15 kena angkut. Sedihnya x boleh nak kata smp nak mengalir airmata aku. Yg lagi buat aku tebakar bila ada sorg pakcik yg kebetulan sebelah aku boleh kata ’Ha! Baguslah dah kena angkut semua kurang sikit gejala sosial kat Subang ni’. Rasa nak je aku tampar atau belasah pakcik tu. Obviously dia x paham yg kaki2 gamers mcm aku ni x kacau telor org pun. We just want to hv fun n play the game. That’s all. Tp pakcik tu x memahami jiwa gamers mcm aku ni so aku let it go je la. Cipek betul dah la penat aku berjalan 1 km smp2 arked kena sita n kena dgr org tua membebel pasal Kenapa Arked Patut Ditutup Untuk Mengelakkan Gejala Sosial.

Masa aku dok Kolej Aseania kat UUM dulu, budak2 termasuk aku penah gila main Championship Manager atau panggilan manjanya CM. Mangsa2 sindrom Gila CM yg dikenalpasti pd ketika itu adalah Syed Zikree, Izhan Adli, Rafhanuddin dan Omar Al Yamani. Antara sindrom Gila CM yg ketara adalah; 1. Kemampuan utk bermain CM secara berterusan selama 5 jam sekurang2nya tanpa mengambilkira keperluan org lain yg juga nak guna computer; 2. Apabila tajuk perbualan x dpt lari dr pembelian player kesukaan, taktik dan strategi yg sesuai dan lain2 berkaitan pengurusan team bola anda pada setiap masa; 3. Kemurungan yg luar biasa akibat team tidak memenangi sesuatu cup atau kalah memanjang ataupun player2 buat perangai yg boleh meranapkan pasukan; 4. Mengabaikan masa tidur/belajar/kuliah/makan utk dimanfaatkan bagi game CM seterusnya menggalakkan budaya ‘Tolong sign utk aku’ atau ‘Tolong tapau utk aku’ krn malas keluar bilik sbb mengadap benda alah tu je. Game ni pd lahirnya mmg nampak bodoh sbb hy berupa teks semata2. Dlm CM kau adalah Manager team yg korg pilih dan tujuannya dah tentu nak memenangi sebanyak mungkin cup dlm satu season dgn mengalahkan team2 lain dlm satu league. Apa yg unik mengenai CM ialah x mcm game lain, kau boleh manage team smp la beratus tahun pun janji x kena sack ataupun tiba2 system malfunction sbb game pun pening. Kiranya x boleh habis la. Yg bestnya bila musim jual beli dan develop player atau menang cup. Perasaanya mmg x boleh diluahkan dgn kata2.

Zaman skrg, mcm2 konsol game mcm PS, Sega Saturn, Nintendo 64 yg ada di pasaran. Game2 dia pun best. Rumah aku pun dulu ada PS2 smp aku lupa pegi kerja sbb asyik sgt main game wrestling. Skrg menatang tu dah rosak so aku stick pd game komputer dgn PSP adik aku. Game2 yg aku suka skrg berunsur strategi mcm Heroes of Might n Magic, Starcraft, Warcraft, Red Alert, Battle Realms dan yg sewaktu dgnnya. So tulah sedikit sebanyak sejarah hidup aku yg penuh pahit manis bersama entiti yg diberi nama game ini. Dan smp skrg, aku x bleh berpisah dr dunia game. Dan aku xde rasa rugi, bersalah atau menyesal pun sbb hobi ni x guna byk duit. Hanya dgn rm10, aku boleh pegi Summit USJ dan beli game PC kesukaan aku seterusnya install dan main kat rumah. Lg best bila dpt tau ramai sebenarnya yg kongsi minat ni cthnya salah sorg ex bos aku yg dah nak pencen dan bergelar Dato’ pun still main game komputer. Siap boleh ckp kat aku lg ‘Knp? Org tua xleh main game?’ haha cayalah Tok Mi! Y. Bhg. Dato’ mmg jd idola aku utk menjadi org yg sempoi. Di musim Hari Guru ni jua, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan pd tok2 guru dan sifu yg sudi menurunkan ilmu bermain game. Tanpa anda, x mungkin aku mengenali dunia game yg penuh warna-warni dan boleh membuat power2 spt abuken, olyuken atau sonic boom dgn begitu tenang dan jayanya tanpa perlu menghentak2 joystick atau kayuria di mesin2 arcade ataupun papan kekunci komputer yg mungkin menyebabkan kerosakan atau kecacatan kekal tp hasilnya tiada. Sekian, Selamat Hari Guru dan selamat main game.
*Gambar di atas adalah salah satu screenshot game Karateka

Friday, May 15, 2009

KURANG AJAR


First skali aku nak mintak maaf sbb dah lama x menulis. Maklumla sibuk sbb kursus 6 bulan kat INTAN kiara. Balik2 je kena transfer kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Byk benda kena setel. Walaupun stres dan xde byk masa, tp byk jgk yg aku belajar masa kat sana. Anyway, i’m back dan sedia memberi hiburan murahan atas permintaan korang yg dah berapa kali sound aku spy masukkan entri terbaru. Susah betul la rakyat zaman skrg ni peel mcm2.


Ok. Aku x nak citer pasal pengalaman aku masa kursus sbb citer tu boleh diperolehi di mana-mana pejabat kerajaan yg ada PTD di dalamnya. Cuma pegi kat pejabat tu dan mohon spy diorg citer pasal kursus DPA. Kalau diorg x nak citer adukan je pd Biro Pengaduan Awam (BPA). Hari ni aku nak share satu citer yg pernah berlaku agak lama dulu. Aku x tau knp aku nak bukak balik citer ni tp ni kan blog aku so suka aku la nak citer apa asal x kacau telor org lain sudah.

Aku selalu bertembung dgn org yg agak dan sgt ’hostile’ pd kerajaan. Bila diorg tau aku ni pegawai kerajaan, lgla dia bang aku gila2 tp x smp tahap Bang Bus season 3. Salah satu kejadian seumpamanya berlaku di sebuah restoran mamak di Subang Jaya (nama dirahsiakan tp ada kaitan dengan nama Syed Zikree) dlm pkl 6 ptg kot masa nak dkt PRU 12. Kira time2 nak chill la. Sblm kita menyoroti kisah tragis yg akan aku citer kat korg, aku nak bg clarification yg aku xde mslh pd org yg nak kritik kjaan sbb tu dah jd lumrah hidup aku. Tp aku sgt pantang kalau jenis manusia yg nak berckp tp x bg peluang kat aku nak defend. Lg satu sila ckp secara berhemah walaupun korg x puas ati. Tambahan kalau korg bukannya rapat dgn aku.


Berbalik pd citer td. Bawah ni kira sedikit sbyk perbualan aku dgn dia (skrip asal telah diubah berdasarkan selera aku untuk membolehkan korg yg baca ni faham dan seterusnya menyokong aku secara membabi buta demi kelangsungan karier aku. Walau bagaimanapun ianya x menjejaskan cerita asal.)


R : Kau tgk skrg pegawai kerajaan korup, makan rasuah mcm sial! Lepas tu baru2 ni naik gaji. Abis yg keje swasta sama je. Gaji diorg naik barang pun naik. Yg sakit org2 yg keje swasta mcm aku. Nanti lps ni konfem pembangkang naik lps pilihanraya.


Aku : Ada betul jgk tp bukan suma mcm tu. Byk yg dedikasi. Lgpun kau kena faham pokok gaji kjaan bukan tinggi. Sblm tu yg gaji rm400 pun ada.


R : Tp naik jgk la kan? X mcm swasta mcm tu je gaji x naik2.


Obviously mamat ni x faham. Kalau naik rm50-100 biasa la pegi MNC pun mcm tu gak naik. Nak selesa keje gomen, nak kaya keje la swasta/meniaga. Ada la pro n con dua2. u cant hv the best of both world. Ikut pengalaman aku, lebih kurang je beban keje swasta ngan kjaan. Dlm satu2 keadaan kdg2 keje kjaan lg byk. Dah nampak dah mamat ni jenis xleh dgr ckp org. Aku pun malas nak betekak lg. Dia ingat aku ni bangang dan x penah keje swasta agaknya. Lps tu dia terus membebel pasal hak non malay (dia bukan melayu), DEB, org melayu malas n so forth yg kalau citer kat sini mmg pjg la. Kita teruskan lg citer ni....


Aku : So, kalau kau dpt keje dlm kjaan, kau suka dok tmpt mana?


This is where aku trap dia....


R : Mestilah aku nak jaga kontrak. Jaga kontraktor, supplier. Masyuk. Boleh jd kaya....


Dlm hati aku senyum. Sbb aku dah terbiasa sgt jmp manusia2 hipokrit mcm ni. Manusia yg pandang dunia ni mcm against dia. Manusia yg rasa dunia x adil. Manusia yg rasa dialah betul dan yg lain suma salah. Tp sebenarnya manusia mcm nila yg sampah sebenarnya. Manusia mcm nila yg kalau dia pegang kuasa, dia akan jd lg teruk dr org yg dia kondem dan kritik. Gebang x ingat dunia padahal sendri pun mcm tu. Cuba la pegang kuasa dulu baru dtg balik citer kat aku pasal keadilan. Keadilan My A**. Kalau dia ckp dlm nada yg bergurau or baik2 aku xdehal la tp ni mcm nak cr gaduh mana aku x panas. Apa yg jd lepas tu aku x mau citer sbb x sesuai utk tontonan umum. Tp aku bg korg peluang teka apa jd lps tu. Kalo betul aku amik jd kroni utama aku. Amacam?