Sunday, October 19, 2008

SIBUK

Aku selalu tanya 'Kenapa manusia sibuk je memanjang?'. Itu masa x keje la satu ketika dahulu. Tp bila dah keje dan ada tanggungjawab baru aku tau yg manusia amat memerlukan kesibukan. Sbb kesibukan la yg sebenarnya mewarnakan hidup kita. Kecuali kesibukan jalanraya yg membuatkan tekanan darah aku melampau batas dan seterusnya meringankan lidah memaki dengan kata2 yg penuh kreatif.

Orang yg sibuk adalah orang yg ada life. Peduli apa orang lain kata tp yang penting, kesibukan buatkan kita berfikir tentang hidup kita dan orang keliling kita secara x langsung. Cuba bygkan kalau kita x sibuk. Adakah dpt kita sibuk2 fikir mengenai masalah diri, keluarga, rakan2 hatta dunia sekalipun? Yg pentingnya kesibukan perlu diuruskan utk mengelakkan gejala menggelabah yg berleluasa di zaman Sayang IT dan Cinta IT ini. Dan jg gejala 'otw' atau dalam bahasa manisnya on the way yg sgt dipopularkan muda-mudi zaman skrg sbb takut bos/member/ibubapa/klien marah sbb lambat. Mungkin elok aku propose spy Kementerian Pengajian Tinggi utk tambahkan satu silibus iaitu Pengantar Kesibukan di IPT2 sbb sibuk adalah lumrah. Pelik knp xde pengantar ni. Apapun jgnlah kita menjadi seorang badan sibuk atau dlm bhs mudahnya busybody. Kerana orang yg badan sibuk adalah orang yg x sibuk. Oleh sbb itu, mereka suka membuatkan badan mereka sibuk dgn hal orang lain tanpa memikirkan kesibukan badan sendiri. Begitulah asal-usul perkataan busybody yg dipopularkan oleh mat salleh.

Dan memandangkan aku skrg sibuk, maka sampai di sini je entri aku kali ini. Semoga korang yg sibuk menghargai kesibukan yg korang ada. Sbb bila korang x sibuk, mesti rindu itu datang lagi....

Wednesday, October 8, 2008

KITA SEMUA BUAT SILAP


Aku akan pegi training Diploma Pengurusan Awam untuk 6 bulan bermula minggu depan. Untuk makluman rakyat semua, seseorang PTD kenala menjalani latihan yang dikatakan menyeksakan ini sebelum boleh dipanggil PTD. Jadi sebelum ujung minggu aku disibukkan untuk prepare apa2 yang patut, ada baiknya aku masukkan entry skrg. Tp peminat2 jgn risau. Piagam aku iaitu 1 minggu, 1 entry akan tetap ditunaikan.
Ari ni aku bukan nak citer pasal Rukun Negara tapi pasal silap atau khilaf yang dah memang sifat semulajadi manusia. Cuba tgk gambar di atas. Ada nampak error x? Sape yg dpt teka dulu sila bg jawapan dlm ruang komen. Hadiah misteri dari pegawai kerajaan menanti anda! Ok. Cukup mukadimah di situ. Skrg kita citer pasal silap pulak. Bukan silap mata. Pegawai kerajaan pun tau silap mata. Cuma skrg skill dah bekarat. Nak belajar silap mata, sila jumpa David Blaine atau David Copperfield. Tp kalau nak belajar kungfu, jumpa David Carradine.
Cuba namakan sorang manusia kat muka bumi ni yang x penah buat silap? Hatta, Nabi Muhammad yang maksum pun penah buat silap smp Tuhan tegur. Jadi semua manusia pun ada buat silap. Bila kita buat silap, kita akan menilai perbuatan atau tindakan kita. Adakah kita berfikir dengan rasional bila kita ambil satu2 perbuatan atau tindakan? Ada orang silap pilih jodoh. Ada orang silap pilih kerjaya. Ada orang silap pilih kawan. Dan mcm2 silap lagi. Tp dapatlah disimpulkan bhw kesilapan dan pilihan adalah sesuatu yang mmg sinonim.
Orang biasa buat silap, Orang kenamaan pun ada buat silap, Pemerintah pun x lepas dari kesilapan. Cuma bila orang yang lg berkuasa buat silap, mmg orang lain akan tunggu untuk mensensasikan kesilapan tu. Sbb tu bila ada orang kata kat aku 'jgn pikir. just do it' aku biasa diam je. Wish they were in my shoe. N i wish my life was not that complicated. Well, bila kau dah biasa jd bos, nak buat sesuatu bukanlah mudah. Talking bout 150 people bawah aku, every decision must be made based on situation n time. Sbb sebenarnya satu je : nak elakkan kesilapan. Untuk bagi pemahaman ni aku bg satu citer yg diberi nama Kota Bharu yang diadaptasi dari citer Troy ( nama dan dialog telah dialihbahasa Melayu Kelantan bg menyesuaikan dengan situasi setempat):
Azl-chilles : Demo, gapo demo buleh ikut cakak hok King Zhe denu?
Ody-syed : Skalo, demo keno ikut cakak kalu nok palo oghe.
* Ceriter ini berterusan dengan jeritan 'Hector!, Hector!' oleh Azl-chilles di luar pintu gerbang Kota Bharu. The rest is history.
Sekian
Kredit
Gambar ihsan paper bag Jabatan Penerangan Malaysia
Kamera Olympus ihsan Bapak Aku Abdul Rahim Daud
Teks ceriter ihsan Adik aku, Ahmad Abdul Rahim yang sedang kemaruk bermain PSP sambil melayan permintaan aku mentranslatekan BM ke BM dialek Kelantan

Saturday, October 4, 2008

RAYA @ KELANTAN

Guano demo? Kawe dok kelate ni. Haha. Ya, ini pegawai kerajaan melaporkan dari Kelate. Ada orang telah memperkecilkan janji atau piagam aku untuk mempostingkan diri pada minggu raya ni. Almaklumlah sibuk yang amat. The day before raya nak kena drive balik kampung kat Endau Mersing. First day of raya dah bertolak pi JB. 2nd day terus shoot pi KLIA amik parents aku yg baru balik buat umrah. Then kurang 48 jam lepas tu kena gerak pi Kelantan sbb nak antar adik aku yg belajar kat USM Kubang Kerian dgn kereta baru yg aku beli utk dia. Mmg Misi Mustahil Part Tah Keberapa.

Disebabkan aku x brape biasa dgn jalan ke Pantai Timur ni, aku telah menelefon Marlboro Man atau lebih dikenali dgn nama Izhan Adli Zainal Abidin atau nama timangannye Zhe utk panduan jalan. Tp lepas mendengar suara beliau yg mamai2 mungkin penat membelasah makanan2 raya yg belambak2 di kampung, aku memutuskan utk ikut je Lebuhraya Pantai Timur yg kira baru dibangunkan tu. To cut the long story, aku sampai kat bumi Kelantan ni lebih kurang 9 jam la dr rumah. Dalam keta ada aku, adik aku, Ira dgn kawan cina dia sorang nama Foo. Sepanjang perjalanan ni aku telah mengalami trauma yg sikit la sbb sebenarnya bukan alami pun tp tgk je; jem yg panjangnya melebihi 5 km kat area Kelantan dan satu dua tempat di Terengganu. For once, aku syukur sbb kampung aku bukan kat sini ( no offense Kelantanese, tp aku alergik pd jem jalanraya. Kalau jem kaya kat Benta Kaya tu, aku gian ). Anyway aku dok satu hotel yg agak dodgy skit nama dia Dani Hotel dgn harga rm 45 semalam. Tp sbb aku nak pegi kenduri kawin kawan aku lepas ni xdehal sgtla. Tp selesa dan membuatkan aku bangun pkl 11 pagi td.

Ingat mula2 nak tido kat area pantai irama atau pantai cahaya bulan (PCB) tp x jd. Anyway, aku punya flight kul 3 ni n aku pun nak pegi kenduri kawin kawan aku yg sekangkang beruk dr CC ni. So xleh nak membebel panjang2 kali ni. Hopefully raya korang lg rilek dr aku. Akhir kata terimalah sepotong pantun versi Kelate dari aku ( kalau ada kesalahan tatabahasa sila abaikan ):

Pase lampu hok yang lip lap;
Di Aidilfitri kito rayo ke;
Kalao ado salah hok silap,
Maaf juo ambo hulur ke.