Sunday, September 16, 2007

HATI KERING

Tensen la aku penat memikir masalah rakyat jelata suma skrg aku nak rilek sambil merepek skit. Aku nak mulakan perepekan aku dgn bait lagu sebuah kumpulan rock kapak sakti yg x asing lagi di kalangan Persatuan Rockers2 Semenanjung Malaysia, iaitu Lefthanded. Kalau korang betul2 otai, mmg korang mesti kenal sama ini band. Kalau x, sah korang mmg generasi MTV n Channel V:

Tiada Lagi Kidungmu

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

(Sila nyanyi dgn suara serak2 kering dan kangkangan ala2 sekangkang kera utk efek yg lebih feeling)

Ok. Sebenarnya aku bukan nak citer pasal lagu Lefthanded ni walaupun suara dia mmg power seangkatan zaman2 kegemilangan band2 rock kapak mcm search, wings dan may. Tp pasal hati kering. Korang penah dgr x istilah hati kering tu apa? Hati kering kalau ikut kamus dewan serbaguna sekolah tamil bermaksud 'tindakan/percakapan/perasaan oleh seseorang yg x mengikut norma2 atau nilai2 yg sepatutnya'. Ishhh payah betul nak paham. Mcm ni la aku kasik satu senario kat bawah ni kasik korang paham eh:

Ini adalah kisah sepasang kekasih di malam Merdeka. Fara Diana ( bukan nama sebenar ) ingin meminta kekasihnya, Azlee ( bukan nama sebenar ) utk menemaninya membeli-belah keesokan hari. Tetapi...........

Fara Diana : Azlee, jomm la temankan i beli barang.
Azlee : Kalau boleh mmg i nak teman u beli barang tp i busy la ni.
Fara Diana : Alaaa.... tp u kan dah janji ari tu nak teman i beli cadar ropol2 kat ikea tuh. U dah lupa ke?
Azlee : I tau tp mmg I tgh bz ni. Esok my deadline kena antar spec n quotation kat customer. I hv to wait phone call like, half an hour?
Fara Diana : What???!!!! Tp esok kan 31 August? Esok cuti Merdeka la yang. U bukan masuk perbarisan kat Dataran Merdeka tu pun. Suma org cuti la. Next week je la u hantar keje u tu. Jomm laaaa argh argh argh!!!!!! ( sambil berguling 360 darjah atas lantai )
Azlee : No. I dah kata i bz ada keje kalau u nak pegi je sendri or wit ur friends.
Fara Diana : Azlee Shahrim! I kasi u kata dua! Either u ikut i pegi ikea beli cadar ropol2 or kita putus je! I dah lama x tahan dgn u tau!
Azlee : Putus? ok jugak ( dgn muka selamba tapir n tanpa expression marah atau sedih atau bengang; normal je )

Haha, ada paham? Singkat citer hati kering ni maksud pemiliknya ni mcm xde perasaan yg sepatutnya la bila berhadapan dgn sesuatu situasi tu. X semestinya situasi tu kena sedih, chaos atau psiko je. Kalau happy pun boleh jugak tunjuk kekeringan hati. Rata2 org ckp bila kita ni hati kering, akan terseksa. Seolah2 kita 'bunuh' hati kita dan seterusnya membuatkan hidup sendri x bahagia. Tp bg aku bila kita train hati kita jadik kering sikit pun sebenarnya bagus jugak. Sbb bila kita dah hati kering, dah tentu kita x overexcited atau mengharap pd sesuatu benda. So kita dah berjaya eliminate unsur perasaan bila buat keputusan. Satu lagi bila kita ni hati kering, kalau apa dugaan yg dtg pun mesti kita boleh hadapi. Bak kata org putih it's part and parcel of life. Hadapi jela nak buat mcm mana xkan nak lari. Sbb tu biasanya org yg hati kering ni boleh jadik effective leader. Sbb hati kering menjadikan dia kuat mental. Bukan senang nak buat keputusan lepas tu stick to your decision no matter what people say.

Satu contoh tokoh aku boleh kasik ialah Tun Mahathir. Mamat ni i tell u, dia mmg la hati kering x ingat. Ingat lg aku kes anwar, perwaja steel, projek mega n mcm2 lg yg org dok ngata Tun Mahathir tp dia buat dono je. Lepas satu, satu brainchild dia. Yang penting what will happen in the future. I must say aku hail dia sbb characteristic dia walaupun dia byk buat silap jugak well bg aku nobody's perfect. Org boleh ckp je pjg2 pasal keburukan dia tp cubalah salah sorang yg dok mengkritik tu jadik PM satu hari. Tgk boleh ke jadik lg baik dr tu atau paling taik pun sama je performance dia. Eh, apa aku merepek sampai politik ni? Anyway, x salah train hati jadik kering tp sekali sekala kena jugak sejukkan supaya kita x jadi ekstrem. Keyword dia adalah 'balance' in everything supaya kita boleh jadik lg kuat dan tegas dan dlm masa yg sama mengecapi bahagia selama-lamanya, aman dan sentosa, duli yang maha mulia.

6 comments:

Unknown said...

orang hati kering adalah org yang tak cukup jiwa. dalam contoh ini, azlee memang lelaki hati kering yang patut dicampak ke dalam cerobong asap kilang Guinness kat tepi federal tu.

Anonymous said...

Keyword bukan balance, tapi keyword disini ialah Azlee dan Fara Diana. HUA HUA HUA, 'couple of the century'

Hanan Ya Manan said...

wah sungguh ekstrem hukumun ko tu rina. tp ko x takut ke kalo masuk cerobong kilang guinness tu dia dpt mabuk 24/7. masa tu bukan hati kering dah tp dah kena penyakit hati dah byk sgt mabuk.

xleh letak keyword beb nama diorang. sbb bukan nama sebenar! kuah3x

Unknown said...

hahaha aku setuju ngn omar.. balancing and alignment azlee sure lari sket la kalau fara diana ada hahahahahaha

sial kau anan... carik lagi topik aku nak abuse kau

Unknown said...

walaupun contoh hanan hanya rekaan semata-mata, tapi ada juga terasa sedikit dejavu bile membacanya... sedikit saja...tak banyak.

Anonymous said...

my very 1st comment here.

azlee memang sucks. tapi dia dah posa 6 hari straight. what an achievement.

kepada sapa2 yg dimaksudkan oleh hanan "mtv n channel v generation" tu, here's the cover version of "Tiada Lagi Kidungmu". freakin funny shiet.

http://youtube.com/watch?v=pnmJKrO1YoE