Tuesday, October 16, 2007

MOTIVASI

Hari Raya dah lepas. Aku pun dah mula keje dgn bos yg setia menanti aku dgn bermcm2 keje yg bertimbun kat ofis. Aku still rasa pening2 sikit sbb penat balik dr kampung sbb jem kat hiway blum abis dan amalan pemakanan yg melampaui batasan perut masa 2 hari raya ari tu.

Anyway aku x nak citer pasal raya byk2 sgt. Bak kata ex-boss aku ( dah pencen ) raya ni melemahkan org melayu. Mana x sebulan berpesta makan dan berjalan. But still, it's a good culture aku rasa. Oklah, hari ni aku nak bukak citer yg lebih2 menjurus ke arah gaya metroseksual iaitu kejayaan lelaki. Ada satu pepatah x salah aku bunyi dia 'Di belakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita'. Habis mcm mana dgn wanita yg boleh jahanamkan hidup lelaki sampai hilang harta dgn maruah? Jadi pepatah ni aku simpulkan bersifat 'separuh benar' atau dlm bahasa Inggerisnya 'half truth'. Maka apa punca kejayaan seorang lelaki? Adakah wanita? wang? pangkat? ataupun dendam? Actually semua jawapan tu betul. Cuma kita dapat simpulkan dalam satu perkataan punca kejayaan lelaki. Iaitu MOTIVASI.

Ya, dalam hidup kita kena ada motivasi. Sbb tu skrg ni berlambak2 prof motivasi sampai boleh kluar tv. Sbb motivasi adalah satu keperluan. Tanpa motivasi xde maknanya hidup seorang lelaki. Motivasi pun asalnya dr perkataan motif, iaitu mencari hala tuju atau menetapkan agenda. Jadi apa yg kita buat kenalah bersebab. Sbb org yg buat benda tanpa motif samada dia gila ataupun jiwa kacau. Bila kita bangun pagi2 pun kita patut dah ada motif apa kita nak buat hari tu. Kalau x kita akan jadi lewa dan buat benda tangkap muat je. Kejayaan takkan dtg pd kita kalau kita takat buat keje bak kata pepatah melepaskan batuk, muntah atau ludah di tangga atau kaki lima jalanraya. Eh kenapa aku rasa mcm prof motivasi pulak ni?

Anyway senang citer ambik contoh movie Bourne Ultimatum ( Bourne Muktamad ) yg tgh tyg kat wayang skrg ni ( pd sesape yg belum tgk baik cepat tgk best giler! Tie your shoe! Tie your shoe! ). Dia pun ada motivasi jugak iaitu nak cari masa silam dia dr org jahat. Dan balas dendam sbb org jahat tembak mati awek dia. Kesudahannya pegi tgk sendiri aku tanak jadi spoiler kat sini! Tp proses dia pun bukan senang punya byk rintangan dan cabaran yg perlu dihadapi oleh hero kita iaitu Jason Bourne. Kena kejar satu dunia dgn polis la, CIA la, Desh Boukhsani pun x ketinggalan memeriahkan citer. X masuk lg adegan kejar-mengejar kereta yg kalau nak banding dgn citer Gerak Khas atau Castello biskut Julie mcm langit dgn bumi. Semata2 nak dptkan masa silam. Dan produser bourne pun mungkin akan termotivasi dengan kejayaan francais bourne ni yg sampai la ni dah kutip lebih 400 juta USD ( dah balik modal kos buat filem 110 juta USD ). Mungkin lepas Bourne Muktamad ni ada pulak Bourne 2, Bourne 3, Bourne Lagi, Bourne Balik, Bourne Selama2nya, Dahla tu Bourne dan Cukup2la tu Bourne. Tp apa yg penting sama mcm dlm real life bukan senang nak capai kejayaan mesti je ada halangan. X percaya pegi ty org2 yg jadi jutawan mcm mana susah jadi jutawan dr bawah. Tp kalau kita ada motivasi dan pegang kuat pd benda tu, kita dah satu kaki ke arah kejayaan. Insya allah. Sekian je tazkirah aku untuk hari ini.

Mawi dah Kaya,
Siti dah Datin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

Unknown said...

Aku rasa motivasi boleh dijadikan sebagai punca kejayaan bukan sahaja untuk lelaki, tetapi juga untuk perempuan.

Sehubungan dengan itu, aku masih terpegun dengan keupayaan penulis untuk menghubungkaitkan Raya, Motivasi, dan Jason Bourne aka [spoiler] DAVID WEBB
ke dalam satu petikan blog yg sama.

Walaupun Bourne tidak menyambut Hari Raya kerana dia tidak ingat kampung dia di mana, aku ingin memetik sebaris dua quote daripada filem tersebut:

Bourne: Tie your f*ucking shoelace!
Syed : Aku pakai slipper la c*bai!
Bourne: Poyo la ko Syed, pepenat aku plan scene natang nih.
Syed : Ko tak lapar ke, jom gi william?
Bourne: Jom.

Unknown said...

azle dah bagi comment. ape lagi cepat la tulis baru! keco~

hahahaha good comment bro