wow. aku mmg keji. dah dekat setahun rupanya aku x update blog ni. ingatkan dah mampus. tp ada lg. utk peminat2 setia aku memohon maaf. sebenarnya aku ada satu masalah. iaitu breakdown masa tgh menulis. serius. tgh sedap2 taip tiba2 tergantung. knp tah.
tp xpe aku akan menulisla walaupun berbentuk snippet, ok? this time for real berterusan. at least seminggu sekali. ini piagam peminat aku. kalau x aku akan tukar tajuk blog ni kpd 'Hidup Seorang Pegawai Kerajaan Yang Korup' walaupun hakikat aku x korup ( betul kot? ) sbb la ni ramai yg x puas hati dgn kerajaan smp main kad UNO pun nak sebut 'down with the government'. korang mesti suka kan? ala ngaku jela. bulan puasa x baik bohong. heee...
byk benda yg jd sepanjang tahun ni. baru2 ni aku dihinggapi obses membaca blog2 org. minat aku pd blog2 politik. tp blog org yg org x kenal pun aku baca. it's fun. dr blog kita sebenarnya boleh belajar karakter/pendirian seseorang tu. kalau dulu kita kena judge by pakaian, penampilan, cara cakap etc tp skrg sikit sebanyak kita boleh belajar seseorang dr blog mereka. walaupun diorang duduk beribu batu. misalnya kalau blog yg citer pasal keta mesti mamat empunya blog sah2 minat keta. atau citer pasal anjing mesti dia minat pasal anjing. ataupun blog gay mestila dia gay. blog dah jd sebahagian identiti empunya diri. hebatnya blog smp kerajaan BN boleh kurang 2/3 majoriti.
tp byk sgt slandering dlm blog esp bhgn komen. ada jugak blog yg mcm sial nak merepek je manjang. tp itulah blog. bebas dan merdeka. nasihat aku bila baca blog, bacalah gaya penulisan bukan sekadar isinya. aku tgh buat compilation contoh2 blog ikut karakteristic org..... ahhhh!!! damn it! there i go again! mmg sepatutnya aku belajar psikologi masa U dulu bukan IT. patut aku jd pakar psikiatri/motivasi dr pegawai kerajaan br sesuai. at least kalau korang jiwa kacau/sakit jiwa boleh jugak aku memotivasikan korang. tp memandangkan aku dah jadi pegawai kerajaan ini jelah motivasi yg dpt aku bg utk menggumbirakan korang:
Sekian, terima kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(ABDUL HANAN BIN ABDUL RAHIM)
Penolong Setiausaha Pentadbiran
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan Malaysia - ( standard utk semua surat yg aku sign )
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
demo sememangnya hebak..walaupun sudah setahun sunyi sepi demo telah datang kembali with a vengeance part II..diharap demo tidak akan senyap macam gampang kembali, ingatlah piagam peminat demo, walaupun piagam demo sungguh poyo.
memandangkan kawe takde blog sendiri kawe ingin berceloteh di sini secara berlebihan tanpa segan mahupun silu.kawe memang sukar membaca blog orang, sebab kawe don't give a rat's ass ape orang tu tulis. Tapi memandangkan demo mempunyai sistem notifikasi bukan automatis yang menjengkelkan apabila mengpos blog entri baru, kawe terpaksa membaca blog demo,dengan harapan boleh membawa pulang hiburan yang murahan.
Sekali lagi demo telah berjaya, walaupun demo seorang pegawai kerajaan. Sekian.
Memandangkan budget 2009 pun sudah berbunyi, saya gembira membaca entri-entri saudara yang 'murah' tapi menghiburkan. Sangat cost effective.
Terima kasih pegawai kerajaan. Sekarang, saya ada link baru untuk diselitkan di tingkap saya.
:)
Post a Comment