Wednesday, September 24, 2008

HARI KEPUTERAAN

Tepat pukul 12 tengah malam semalam aku selebret hari keputeraan aku yg ke 28 ( i'm old! )dgn syed, zhe n azlee di markas taman tun. Omar ada kejap tp x dpt lama2 sbb nak amik bini dia yg keje kat uptown pukul 11. Kitorang bebuka kat Hokano, restoran Jepun kat uptown gak. Walaupun x brp layan makanan Jepun, but for the sake of trying n get together xde hal la. Ada Omar n Ayu, Munzir n his date, Jess, Syed, Zhe, Azlee n me; 8 orang.

Sebelum aku entertain korang dalam Hiburan Minggu Ni, aku nak menjelaskan kenapa aku x bg sms notification mcm selalu kat korang. Satu, sbb aku dah bg Piagam Peminat pada posting Bloggies aku iaitu akan update setiap minggu at least. So selagi jam x tepat pukul 11.59 tgh malam, hari Ahad bg satu2 minggu, silalah check blog ini. Kalau betul2 dlm satu minggu mmg xde posting, korang ada hak untuk panggil aku 'korup'. Kedua sbb aku letihla buat notification nih. Ada paham?

Alrite. Sempena hari keputeraan aku nih, aku nak menstorykan sikit bidang keje aku. Yelah, dah nama pun 'Hidup Seorang Pegawai Kerajaan' tapi dok citer pasal karipap, motivasi, Param, dan lain2 yg xde kena mengena dgn job description aku. Yang lg sedih kawan2 aku pun blur apa keje aku sebenarnya. Ok, sebagai permulaan, aku adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) atau lebih dikenali sbg Pegawai Takde Duit. Dalam satu perkhidmatan kerajaan, PTD ni kira cream of the cream la gitu2 berbanding skim2 perkhidmatan lain mcm Pegawai Perubatan, Pegawai Penerangan, Pegawai Khidmat Pelanggan dll Pegawai. Kalau bab naik pangkat mmg PTD antara yg paling laju. Konon2 hebatlah. Tp diorang x sedar yg cream ni x elok utk kesihatan sbb byk lemak dan mengakibatkan masalah kesihatan spt kegemukan. Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke klinik2 kerajaan/swasta berhampiran kediaman anda untuk mengetahui kesan cream pd badan. Tp kalo cream muka atau badan tu x gemuk la, tp mungkin boleh rosakkan muka korang. Eh, dah merapu aku ni. Ok, kat sini aku listkan point by point senarai keje2 aku supaya korang paham la serba sedikit keje2 aku:

1) Menerima tabik hormat dari para Pengawal Keselamatan seusai masuk ke kawasan Angkasapuri.

2) Mengarahkan kerani2 utk menaip surat2/memo/kertas kerja yg aku draf.

3) Memastikan disiplin staf2 seramai 150 org bawah aku pada tahap optimum termasuk memarahi, mensound, dan menyaiko.

4) Mencarpapkan diri di mata Pengurusan Atasan dengan harapan dapat naik pangkat.

5) Menjalin connection dgn suma pegawai2 kerajaan lain dan swasta spy senang buat keje. Atau dgn kata lain mengamalkan kronisme dgn begitu berleluasa bg memudahkan diri sendri.

6) Mengadakan dan menghadiri bermcm2 meeting/kursus/bengkel dr masa ke semasa utk menunjukkan kuasa dan ketereran msg2 di mata pegawai2 lain.

7) Menerima tabik hormat dari Pengawal Keselamatan seusai keluar dari kawasan Angkasapuri.

There. Skrg korang dah faham? So aku nak sambung buat keje nih. Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kat korang suma. Drive safe n back in one piece.

3 comments:

Unknown said...

Boleh pulak letak semi-resume di sini ye.. Asal, Lina jobstreet tak reply email ko ke?

Dulu-dulu aku slalu bertanya, kenapa la ko nak letak gamba profile ko dlm facebook pakai baju batik warna ijau..skarang aku sudah tidak bertanya lagi..aku sekarang sedar..you are one with the govenrment... kalau boleh, ko nak blog ko nyer url pun jadi hspk.blogspot.gov.my..betul tak?

Unknown said...

errr.. aku masih blur lagi ngn job scope kau

p/s: wajar kita letakan azl sebagai peminat no 1 anan kerana die selalu jadi the 1st to pop the cherry anan hehe

p/p/s: happy bday setan!

Unknown said...

8. Balik rumah, mimpi jadi PM. Dan keesokannya bangun dengan muka berpeluh-peluh.