Aku akan pegi training Diploma Pengurusan Awam untuk 6 bulan bermula minggu depan. Untuk makluman rakyat semua, seseorang PTD kenala menjalani latihan yang dikatakan menyeksakan ini sebelum boleh dipanggil PTD. Jadi sebelum ujung minggu aku disibukkan untuk prepare apa2 yang patut, ada baiknya aku masukkan entry skrg. Tp peminat2 jgn risau. Piagam aku iaitu 1 minggu, 1 entry akan tetap ditunaikan.
Ari ni aku bukan nak citer pasal Rukun Negara tapi pasal silap atau khilaf yang dah memang sifat semulajadi manusia. Cuba tgk gambar di atas. Ada nampak error x? Sape yg dpt teka dulu sila bg jawapan dlm ruang komen. Hadiah misteri dari pegawai kerajaan menanti anda! Ok. Cukup mukadimah di situ. Skrg kita citer pasal silap pulak. Bukan silap mata. Pegawai kerajaan pun tau silap mata. Cuma skrg skill dah bekarat. Nak belajar silap mata, sila jumpa David Blaine atau David Copperfield. Tp kalau nak belajar kungfu, jumpa David Carradine.
Cuba namakan sorang manusia kat muka bumi ni yang x penah buat silap? Hatta, Nabi Muhammad yang maksum pun penah buat silap smp Tuhan tegur. Jadi semua manusia pun ada buat silap. Bila kita buat silap, kita akan menilai perbuatan atau tindakan kita. Adakah kita berfikir dengan rasional bila kita ambil satu2 perbuatan atau tindakan? Ada orang silap pilih jodoh. Ada orang silap pilih kerjaya. Ada orang silap pilih kawan. Dan mcm2 silap lagi. Tp dapatlah disimpulkan bhw kesilapan dan pilihan adalah sesuatu yang mmg sinonim.
Orang biasa buat silap, Orang kenamaan pun ada buat silap, Pemerintah pun x lepas dari kesilapan. Cuma bila orang yang lg berkuasa buat silap, mmg orang lain akan tunggu untuk mensensasikan kesilapan tu. Sbb tu bila ada orang kata kat aku 'jgn pikir. just do it' aku biasa diam je. Wish they were in my shoe. N i wish my life was not that complicated. Well, bila kau dah biasa jd bos, nak buat sesuatu bukanlah mudah. Talking bout 150 people bawah aku, every decision must be made based on situation n time. Sbb sebenarnya satu je : nak elakkan kesilapan. Untuk bagi pemahaman ni aku bg satu citer yg diberi nama Kota Bharu yang diadaptasi dari citer Troy ( nama dan dialog telah dialihbahasa Melayu Kelantan bg menyesuaikan dengan situasi setempat):
Azl-chilles : Demo, gapo demo buleh ikut cakak hok King Zhe denu?
Ody-syed : Skalo, demo keno ikut cakak kalu nok palo oghe.
* Ceriter ini berterusan dengan jeritan 'Hector!, Hector!' oleh Azl-chilles di luar pintu gerbang Kota Bharu. The rest is history.
Sekian
Kredit
Gambar ihsan paper bag Jabatan Penerangan Malaysia
Kamera Olympus ihsan Bapak Aku Abdul Rahim Daud
Teks ceriter ihsan Adik aku, Ahmad Abdul Rahim yang sedang kemaruk bermain PSP sambil melayan permintaan aku mentranslatekan BM ke BM dialek Kelantan
3 comments:
Semakin banyak tanggungjawab, semakin banyak kecenderungan buat silap.
Tapi kesilapan tidak harus dipandang negatif kerana kesilapanlah bisa mematangkan kita. Terima kasih "silap". Jasamu tetap dikenang. Tapi cukuplah jumpa "silap" sekali-sekala.
Dan saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya terhadap kamu samada di luar kawalan mahupun dalam kawalan.
Assalamualaikum.
Perlembagaan silap eja! Ape ko nak bagi? Aku tunggu ni..
daymnnn! aku baru nak pinpoint..
weii tolong aku weiiii.. aku dah tak larat nak sober lagi.. masuk ni dah 4 buku aku abis baca dalam masa 5 hari.. aku bole jadi gila niii
Post a Comment