Friday, May 15, 2009

KURANG AJAR


First skali aku nak mintak maaf sbb dah lama x menulis. Maklumla sibuk sbb kursus 6 bulan kat INTAN kiara. Balik2 je kena transfer kat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Byk benda kena setel. Walaupun stres dan xde byk masa, tp byk jgk yg aku belajar masa kat sana. Anyway, i’m back dan sedia memberi hiburan murahan atas permintaan korang yg dah berapa kali sound aku spy masukkan entri terbaru. Susah betul la rakyat zaman skrg ni peel mcm2.


Ok. Aku x nak citer pasal pengalaman aku masa kursus sbb citer tu boleh diperolehi di mana-mana pejabat kerajaan yg ada PTD di dalamnya. Cuma pegi kat pejabat tu dan mohon spy diorg citer pasal kursus DPA. Kalau diorg x nak citer adukan je pd Biro Pengaduan Awam (BPA). Hari ni aku nak share satu citer yg pernah berlaku agak lama dulu. Aku x tau knp aku nak bukak balik citer ni tp ni kan blog aku so suka aku la nak citer apa asal x kacau telor org lain sudah.

Aku selalu bertembung dgn org yg agak dan sgt ’hostile’ pd kerajaan. Bila diorg tau aku ni pegawai kerajaan, lgla dia bang aku gila2 tp x smp tahap Bang Bus season 3. Salah satu kejadian seumpamanya berlaku di sebuah restoran mamak di Subang Jaya (nama dirahsiakan tp ada kaitan dengan nama Syed Zikree) dlm pkl 6 ptg kot masa nak dkt PRU 12. Kira time2 nak chill la. Sblm kita menyoroti kisah tragis yg akan aku citer kat korg, aku nak bg clarification yg aku xde mslh pd org yg nak kritik kjaan sbb tu dah jd lumrah hidup aku. Tp aku sgt pantang kalau jenis manusia yg nak berckp tp x bg peluang kat aku nak defend. Lg satu sila ckp secara berhemah walaupun korg x puas ati. Tambahan kalau korg bukannya rapat dgn aku.


Berbalik pd citer td. Bawah ni kira sedikit sbyk perbualan aku dgn dia (skrip asal telah diubah berdasarkan selera aku untuk membolehkan korg yg baca ni faham dan seterusnya menyokong aku secara membabi buta demi kelangsungan karier aku. Walau bagaimanapun ianya x menjejaskan cerita asal.)


R : Kau tgk skrg pegawai kerajaan korup, makan rasuah mcm sial! Lepas tu baru2 ni naik gaji. Abis yg keje swasta sama je. Gaji diorg naik barang pun naik. Yg sakit org2 yg keje swasta mcm aku. Nanti lps ni konfem pembangkang naik lps pilihanraya.


Aku : Ada betul jgk tp bukan suma mcm tu. Byk yg dedikasi. Lgpun kau kena faham pokok gaji kjaan bukan tinggi. Sblm tu yg gaji rm400 pun ada.


R : Tp naik jgk la kan? X mcm swasta mcm tu je gaji x naik2.


Obviously mamat ni x faham. Kalau naik rm50-100 biasa la pegi MNC pun mcm tu gak naik. Nak selesa keje gomen, nak kaya keje la swasta/meniaga. Ada la pro n con dua2. u cant hv the best of both world. Ikut pengalaman aku, lebih kurang je beban keje swasta ngan kjaan. Dlm satu2 keadaan kdg2 keje kjaan lg byk. Dah nampak dah mamat ni jenis xleh dgr ckp org. Aku pun malas nak betekak lg. Dia ingat aku ni bangang dan x penah keje swasta agaknya. Lps tu dia terus membebel pasal hak non malay (dia bukan melayu), DEB, org melayu malas n so forth yg kalau citer kat sini mmg pjg la. Kita teruskan lg citer ni....


Aku : So, kalau kau dpt keje dlm kjaan, kau suka dok tmpt mana?


This is where aku trap dia....


R : Mestilah aku nak jaga kontrak. Jaga kontraktor, supplier. Masyuk. Boleh jd kaya....


Dlm hati aku senyum. Sbb aku dah terbiasa sgt jmp manusia2 hipokrit mcm ni. Manusia yg pandang dunia ni mcm against dia. Manusia yg rasa dunia x adil. Manusia yg rasa dialah betul dan yg lain suma salah. Tp sebenarnya manusia mcm nila yg sampah sebenarnya. Manusia mcm nila yg kalau dia pegang kuasa, dia akan jd lg teruk dr org yg dia kondem dan kritik. Gebang x ingat dunia padahal sendri pun mcm tu. Cuba la pegang kuasa dulu baru dtg balik citer kat aku pasal keadilan. Keadilan My A**. Kalau dia ckp dlm nada yg bergurau or baik2 aku xdehal la tp ni mcm nak cr gaduh mana aku x panas. Apa yg jd lepas tu aku x mau citer sbb x sesuai utk tontonan umum. Tp aku bg korg peluang teka apa jd lps tu. Kalo betul aku amik jd kroni utama aku. Amacam?


3 comments:

Unknown said...

aku baru cam terasa aku yg sembang ngn kau camtu tapi nasib baik kau ckp dia non malay haha. Aku rasa pastu kau session kat patio kot?

Unknown said...

Memang panas.

Unknown said...

apa yg panas lg rina oi?