Ya, Pegawai Kerajaan kembali lagi melaporkan dari Parlimen Malaysia. Hari ni kita nak citer pasal connection. Bukan connection internet, tv, telefon atau connection letrik tp connection yg membawa maksud “kabel orang dalam’. Aku nak citer pasal benda ni sbb bidang tugas aku yg coordinate isu2 Kementerian aku kat Parlimen. Maka byklah connection aku dgn org2 politik. Ada org yg best dan ada yg buat aku nyampah. But that’s part of life. Bukan semua org boleh kau suka. Sama la jugak ada org yg suka dan x suka aku. Tp kadang2 org yg menyampah ni pun boleh jd useful jugak. So selalunya aku just hv to deal with these nitwits. Selalu kita dengar orang yg ada connection boleh dapat apa yang dia nak. Dalam seharian kerja aku, selalu aku dengar org cakap mcm ni:
“Nan, ko boleh tolong aku buat tu, ini x? Kau kan ada connection dengan org2 politik?”
Ataupun
”Boleh connectkan saya dengan KSU, TKSU dan menteri x?”
Realitinya, connection ni amatlah penting memandangkan kita adalah makhluk yg bersosial. Tp kalau kita menyalahgunakan connectian akan jadilah kita makhluk yg so sial. Dalam bisnes, kerja ataupun buat tugas2 amal, connection sgt penting utk mudahkan kita dapat apa yg kita nak. Cuma ada la org yg irihati bila kita ada connection dgn org2 yg berpengaruh dan powerful. Sbb tu timbul soal kronisme, nepotisme dan bermacam isme yg lain. Sbb org dengki la. Tp aku peduli apa. Yang penting aku x kacau idup org. Tul x? Walau bagaimanapun x semua connection kau boleh tolong. Macam manapun kau kena jugak usaha sendiri. Building connection/network adalah sebahagian usaha kau. Aku x mengerti kenapa byk org nak deny pasal benda ni. Seolah2 buat networking tu adalah satu kesalahan yg besar. Aku just happen to be in the government. Maka menetworkkan diri adalah sebahagian bidang tugas aku selain daripada kuasa-kuasa yg diperturunkan ke bawah aku. Walaupun kuasa2 ini xlah membolehkan aku utk berlari laju mcm six milion dolar man atau dalam bahasa melayu aslinya ’lelaki enam juta dolar’ ataupun terbang mcm watak Superman, tp kira cukuplah nak memudahkan kerja2 aku. Kalau org benci sgt pd org yg ada connection, knp ada istilah network marketing yg kecoh sgt skrg?
Oklah actually aku xde idea nak nulis pjg2. Oleh itu ikutilah citer di bawah ini yang berlaku dalam bilik tidur seorang lelaki bernama Azlee dipercayai sekitar TTDI utk lebih faham tentang connection dlm hidup seharian.....
Zikree : Beb, kau dah connect dah internet?
Azlee : Aku connect dah.
Zikree : Xde pun connect?
Azlee : Tp td ada connect apa?
Zikree : Ada. Tp connectnye pendek sgt. Mcm mana aku nak bukak facebook dgn chat kalo mcm ni?
Azlee : Sat. Mungkin ada masalah pd connection dia.
Zikree : Ala cepatla connect! Aku nak kau connect cepat!
Azlee : Sabarlah! Aku tgh mengconnect la ni…
Izhan : (Berbaring di atas katil dgn seluar boxer koyak) Saya pun nak connect….
Kisah benar ini perlu dibaca dengan penuh teliti bagi memberikan impak maksima pada diri anda. Sekian sahaja laporan dari Parlimen Malaysia. Kembali ke Patio.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hahaha.
Mcm sial. Wei aku nk buat appmt ngn dentist. Kau ada govt connection kat hosp. Putrajaya ;p
HaHaha
Post a Comment