Thursday, July 12, 2007

MALAYSIA 1 CHINA 5

Korang semua mesti dah tau kan yg Malaysia kena titik dengan China 2 hari lepas. Memang sampah betul aku tengok game tu. Aku lalu tengok tak sampai 10 minit pon sebab tahap permainan Malaysia memang tahap cipan berunsurkan tenuk. Off position, x de man mark, kelembapan berkekalan dan keletihan yang sangat ketara pada pemain2 Malaysia. Sampai bapak aku yang dok tengok kat sebelah tak pasal2 boleh emo tengok Malaysia main. Padahal takde la gila bola sangat bapak aku ni. So di bawah sini aku nak mencadangkan beberapa cadangan untuk memajukan bolasepak Malaysia yang tak pernah korang dengar kat mana-mana.

1. Siap sediakan telur, tomato, botol air, lastik dan segala bala yang boleh dibawa kat stadium untuk dibaling pada pemain2 Malaysia bila diorang kalah.

2. Wujudkan Akta Kekalahan BolaSepak. Dalam Akta ni, akan dijelaskan hukuman2 yang boleh dikenakan pada pegawai2 FAM, pengurus, jurulatih, pemain2, tukang bancuh air, tukang kilat kasut bila kalah. Ranking boleh jadik guide. Kira kalau Malaysia kalah dengan team yang ranking bawah dari dia, kita boleh kenakan hukuman gantung sampai mati ke atau tembak beramai-ramai ataupun kasi elektrik shock kat suma2 tu. Kalau ranking yg atas sikit mungkin kena saman sorang RM 50,000 atau penjara 18 tahun atau kedua-dua sekali. Kalau ranking top 30 misalnya kita bagi ringan la iaitu lari keliling padang sebanyak 1800 kali sambil gantung tag besar kat dada berbunyi 'Saya berjanji takkan kalah lagi'.

3. Tetapkan larangan pada pemain2 bola daripada membawa atau menaiki mana-mana jenis kenderaan. Jadik bila dia nak datang training terpaksa la joging ke padang dan akan kasi dia fit.

4. Wajibkan semua pengurusan FAM dari Presiden sampaila ke macai untuk sama2 turun training sekurang2nya 1-2 jam sehari baru diorang reti sikit pasal bola.

5. Sediakan latihan ala tentera pada pemain2. Kasik sorang pegawai tentera yang betul2 brutal untuk handle training ni. Angkatan Tentera boleh cooperate dlm hal ni.

6. Pastikan ada sorang pegawai peribadi untuk setiap pemain. Pegawai ni ada kuasa utk check apa dia buat seharian, tgk apa makanan dlm peti sejuk - kalau ada junk food atau makanan kurang sihat dia berkuasa buang makanan tu, samada dia ada masturbasi x satu hari tu, pendek kata penjaga 24 jam la.

Itulah antara cadangan2 aku. Apa pendapat korang yang bernas boleh kasi nanti aku majukan dalam satu kertas kerja kat Kem. Belia dan Sukan.

3 comments:

Anonymous said...

HAHAHAHA, ko memang kelakar la. Dah la korup, penuh jenaka pulak tu. Memang seswai nak jadi ahli politik. Aku dah give up nak tgk bola Malaysia, buat sakit ati je. IDUP ANAN....

Hanan Ya Manan said...

weh aku x korup lagi la. kan aku kata nak jadi korup masa akan datang. jadik belum lagi la.

Unknown said...

yaaa! aku setuju ngn jawapan kau. mmg bernas idea jahat tu.. lagi satu kita cipta satu rokok berisi yg akan menaikkan stamina dan otak lembab mereka tapi check urine sure tak kantoi.. amacam? bole usahakan?