Hari ni aku nak citer pasal kuasa atau power. Bukan kasut Power atau Power Rangers yang korang tengok kat tv tu tapi kuasa dari konteks politik dan sosial. Sejak aku keje kerajaan ni, aku dah makin faham pasal kuasa. Pendek citer kuasa mmg satu benda yang sangat menagihkan. Jadik tak heran la kalau semua orang nak kuasa selain duit. Sampai begaduh2 dan bebunuh2. Sebab dengan kuasa kita dapat jadi setakuk atas dari orang bawah kita. Dan boleh mengarah macam arah monyet panjat pokok petik kelapa. Ada yang dapat kuasa sebab duit (taikun2, toke2 besar), ada yang dapat kuasa sebab pangkat (menteri2) dan ada yang dapat kuasa sebab keturunan (raja2).
Jadi selagi ada manusia, selagi tulah kuasa akan tetap ada. Setiap manusia ada kuasa sekurang2nya pada diri dia. Since zaman ni takde lagi sistem hamba2. Aku suka mengaitkan kuasa sama macam api. Kalau kau tak pandai guna api, dia akan bakar kau. Kalau kau tak guna api, dia akan padam. Tapi kalau kau pandai guna api, dia akan jadi senjata atau ally kau yg paling berguna. Kalau takde api, tak boleh la kau isap rokok, haha! Sifat kuasa mmg sama mcm api. So kita kenalah use wisely.
Dah jadi lumrah manusia tak suka orang yang berkuasa. Kalau tak percaya kau tengok belambak2 blog yg hentam org2 atau pihak2 berkuasa. Sampai ke tahap menipu pun ada sebab nak kasik sensasi. Dah jadik mcm rancangan Melodi atau Sensasi pulak. Tapi aku tak salahkan 100% kalau mmg org yg berkuasa tu byk yg senget. Adalah mustahil nak kasi suma orang suka pada kita tp x mustahil utk suma org hormat kita. Jadik setinggi mana pun kita kenala hormat org. Sbb kuasa bukan satu benda yg kekal. Bila kita hilang kuasa, masa tu la kita akan diserang kiri, kanan, depan dan belakang. Banyak jugak la yg aku tgk. Mmg ngeri. Ingat tak citer spiderman ada ayat corny berikut: "With great power comes great responsibility". Mmg corny tp betul. Byk org suka pada kuasa dan nakkan kuasa tp x ramai yg nak pikul tanggungjawab. So aku pun terpaksa buat satu conclusion yg agak Honda Ekstrem iaitu : Kebanyakan manusia mmg selfish. Bila jadik mcm tu patut la org x hormat pd kita walaupun kuasa kita mmg besar. Ia akan jadik satu ilusi shj. So, berpeganglah pada kata2 idola kita, sedara Jean Claude Van Damme:
"What is a movie star? It is an illusion. It was everything I ever wanted to be, but it became a kind of shell, non? It was what made me famous and got me women. But it wasn't real."
Eh aku ada byk keje ni.
Sekian, timeseh
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang sentiasa benar tak tipu punya
Hanan
1 comment:
Cerdik juga sedara jean claude itu. Bukan sekadar boleh melakukan split sambil menumbuk kemaluan Tong Po dengan sungguh licik, malah boleh juga dikenali sebagai seorang cendikiawan.
Post a Comment