Sunday, October 19, 2008

SIBUK

Aku selalu tanya 'Kenapa manusia sibuk je memanjang?'. Itu masa x keje la satu ketika dahulu. Tp bila dah keje dan ada tanggungjawab baru aku tau yg manusia amat memerlukan kesibukan. Sbb kesibukan la yg sebenarnya mewarnakan hidup kita. Kecuali kesibukan jalanraya yg membuatkan tekanan darah aku melampau batas dan seterusnya meringankan lidah memaki dengan kata2 yg penuh kreatif.

Orang yg sibuk adalah orang yg ada life. Peduli apa orang lain kata tp yang penting, kesibukan buatkan kita berfikir tentang hidup kita dan orang keliling kita secara x langsung. Cuba bygkan kalau kita x sibuk. Adakah dpt kita sibuk2 fikir mengenai masalah diri, keluarga, rakan2 hatta dunia sekalipun? Yg pentingnya kesibukan perlu diuruskan utk mengelakkan gejala menggelabah yg berleluasa di zaman Sayang IT dan Cinta IT ini. Dan jg gejala 'otw' atau dalam bahasa manisnya on the way yg sgt dipopularkan muda-mudi zaman skrg sbb takut bos/member/ibubapa/klien marah sbb lambat. Mungkin elok aku propose spy Kementerian Pengajian Tinggi utk tambahkan satu silibus iaitu Pengantar Kesibukan di IPT2 sbb sibuk adalah lumrah. Pelik knp xde pengantar ni. Apapun jgnlah kita menjadi seorang badan sibuk atau dlm bhs mudahnya busybody. Kerana orang yg badan sibuk adalah orang yg x sibuk. Oleh sbb itu, mereka suka membuatkan badan mereka sibuk dgn hal orang lain tanpa memikirkan kesibukan badan sendiri. Begitulah asal-usul perkataan busybody yg dipopularkan oleh mat salleh.

Dan memandangkan aku skrg sibuk, maka sampai di sini je entri aku kali ini. Semoga korang yg sibuk menghargai kesibukan yg korang ada. Sbb bila korang x sibuk, mesti rindu itu datang lagi....

4 comments:

Unknown said...

kita mempunyai persetujuan yang hakiki

Unknown said...

Orang yg sibuk adalah orang yg ada life.

cayalah nan kau seorang yg sibuk so kau ada life hehe

Unknown said...

haha kau tak update. ape lagi, belanja aa gua makan

SamSnee said...

apa dah jadi kepada piagam pelanggan????